Lebih 1.2 Juta Kereta e-Power Terjual, Patutlah Model Kicks Juga Hadir dengan Sistem e-Power

Nissan merancang untuk melancarkan model KICKS e-POWER serba baharu di Malaysia selewat-lewatnya pada Disember ini.
Sistem pemacu e-POWER merupakan teknologi unik Nissan kerana ia adalah 100% rangkaian kuasa pacuan motor elektrik. Ia yang digandingkan dengan enjin petrol untuk mengecas bateri Li-ion bagi menjana motor elektrik untuk memacu roda.
Ia bertindak seperti kenderaan elektrik, memberikan tork serta-merta dan prestasi responsif, tanpa perlu bimbang akan jarak pemanduan dan keperluan untuk mengecas.
Sistem e-POWER mempunyai pelepasan ekzos dan kos operasi yang lebih rendah berbanding dengan enjin pembakaran dalaman
Maka, tidak hairanlah mengapa Nissan mahu menggunakan sistem e-POWER pada model terbaharunya itu.
Lagipun, sistem e-POWER sudah memenangi beberapa anugerah berprestij sejak ia dilancarkan di Jepun pada tahun 2016.
Kejayaan Peringkat Awal.
Diperkenalkan sebagai pilihan rangkaian kuasa untuk Nissan Note pada November 2016, pelanggan di Jepun menerima e-POWER yang dipacu 100% motor elektrik dengan pantas untuk prestasi seperti EV dan kecekapan bahan api terunggul.
Ia menjadikan kereta kompak terlaris pada tahun 2017 dan kereta terlaris secara keseluruhan pada tahun 2018 di Jepun.

Teknologi e-POWER juga menerima anugerah alam sekitar Jepun yang berprestij – Anugerah Pengerusi – atas sumbangannya dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida daripada Pusat Penjimatan Tenaga Jepun (ECCJ).
Ia adalah sebagai sebahagian daripada Anugerah Hadiah Utama Penjimatan Tenaga 2017.
Maka, tidak hairanlah mengapa Nissan juga memperkenalkan varian e-POWER dalam MPV Serena yang menerajui segmennya pada tahun 2018.
Untuk itu, Nissan Serena menerima anugerah 2019 Technology of the Year daripada Persidangan Penyelidik dan Wartawan Automotif Jepun (RJC).

Di Jepun, pelancaran Kicks e-POWER turut membawa Nissan memenangi anugerah 2021 Technology of the Year daripada Persidangan Penyelidik dan Wartawan Automotif Jepun (RJC) dan Kicks juga dinamakan sebagai salah satu daripada ‘6 Kenderaan Terbaik Tahun Ini’ oleh RJC.
Susulan itu, model pengganti baharu Nissan Note juga dikuasakan sepenuhnya oleh e-POWER.
Ini membuatkan Hatchback kompak itu merangkul gelaran Japan Car of the Year 2021-2022.
Antara ciri-ciri yang dipuji oleh pengadil JCOTY ialah ‘tahap bunyi yang sangat rendah dan prestasi pemanduan cemerlang yang dicapai oleh sistem e-POWER generasi kedua’.
Memperluaskan Jejak e-POWER.
Atas kejayaan e-POWER di Jepun, Nissan memperkenalkan Kicks e-POWER di Thailand pada tahun 2020.
Ia merupakan model e-POWER pertama yang dilancarkan di luar Jepun dan kemudian dilancarkan di Indonesia dan Singapura pada tahun yang sama.
Pada tahun 2022, Kicks telah dinaik taraf dengan sistem pemacu e-POWER generasi kedua untuk pasaran Jepun, Thailand, dan Singapura.
Kicks e-POWER yang baru dinaik taraf ini turut membuat penampilanya di Filipina, Vietnam, dan akhirnya Malaysia nanti.
Nissan Kicks e-POWER yang dinaik taraf turut membawa pulang anugerah Product Innovation Awards 2023 daripada Majalah Business+ dengan kerjasama Kolej Pengurusan Universiti Mahidol di Thailand.
Setakat ini, jualan kumulatif model Nissan yang dikuasakan oleh e-POWER telah melebihi 1.2 juta unit di seluruh dunia.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi e-POWER yang inovatif menjelang pelancaran model e-POWER pertama di Malaysia, layari halaman khas Apa-e? dalam laman web rasmi Nissan Malaysia (https://nissan.com.my/v2/experience-nissan/e-power/).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA6207
SELANGOR
BSQ4281
JOHOR
JYX4741
PULAU PINANG
PSC5767
PERAK
APH7560
PAHANG
CFG6287
KEDAH
KGG2483
NEGERI SEMBILAN
NEK5154
KOTA KINABALU
SJS1284
KUCHING
QAB9045N
Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat