Pusat Pengedaran Pelbagai Jenama Pertama Stellantis Dibuka Di Jalan Klang Lama

Selepas melancarkan Leapmotor C10, Stellantis Malaysia meneruskan momentumnya dengan pembukaan pusat pengedaran pelbagai jenama pertama di Malaysia pada hujung minggu lalu.
Pusat pengedaran yang dikendalikan oleh Allure Auto Sdn Bhd ini terletak strategik di Jalan Klang Lama. Cawangan ini memiliki ruang pameran yang luas, boleh memuatkan lima buah kereta dalam suasana moden yang jelas menyerlahkan aura Peugeot dan Leapmotor.
Baca: Leapmotor C10 Kini Rasmi Di Malaysia – Hanya RM149,000 Hingga 30 Nov Ini
Serba Lengkap Untuk Pelanggan

Selain ruang pameran yang menarik, pusat pengedaran ini turut menawarkan ruang santai yang selesa dan ruang penyerahan kenderaan yang eksklusif. Turut disediakan ialah paparan konfigurator interaktif yang membolehkan pelanggan melihat dan memilih spesifikasi kenderaan yang diinginkan untuk pengalaman pembelian yang lebih memuaskan.
Buat masa ini, pusat pengedaran Allure Auto Jalan Klang Lama beroperasi sebagai pusat 1S yang menyediakan perkhidmatan jualan.
Fasilti Servis & Alat Ganti (2S) Bakal Dibuka
Pada masa akan datang, Allure Auto akan turut menubuhkan fasiliti servis dan alat ganti (2S) di USJ 1 yang termasuk servis pembaikan sistem bervoltan tinggi, badan dan cat, diagnostik serta penyelenggaraan umum untuk memenuhi keperluan selepas jualan bagi jenama Peugeot dan SUV elektrik Leapmotor C10.
Untuk pelanggan Peugeot sedia ada, Allure Auto akan bekerjasama dengan pusat pengedaran Peugeot yang berdekatan bagi menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif.
Baca: Baru Dibuka: Pusat 2S Peugeot Di Taipan, Subang Jaya
Komitmen Terhadap Pengalaman Pelanggan
-Jamie-Francis-Morais,-Managing-Director,-Stellantis-Malaysia-and-Lai-Choong-Yik,-Director-of-Allure-Auto-at-the-Allure-Auto-Old-Klang-Road-opening-full.jpg)
Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais (kiri) dan Pengarah Allure Auto, Lai Choong Yik (kanan)
"Allure Auto telah menjadi rakan pengedar yang hebat, dan pembukaan cawangan kedua ini menunjukkan komitmen mereka untuk menyediakan pengalaman jenama yang luar biasa kepada pelanggan kami, sambil mengembangkan rangkaian kami di seluruh negara," kata Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais.
"Pembukaan Allure Auto di Jalan Klang Lama adalah langkah strategik untuk membawa jenama lebih dekat kepada pelanggan dan peminat setia kami. Selain itu, kami komited untuk memenuhi keperluan selepas jualan pelanggan sedia ada melalui kemudahan servis kami yang akan datang di USJ 1," tambah Pengarah Allure Auto, Lai Choong Yik.
Kedua-dua eksekutif tersebut hadir semasa majlis pelancaran rasmi pusat pengedar Allure Auto Jalan Klang Lama hujung minggu lalu. Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan ini dan fasiliti lain yang bakal dibuka, boleh melayari laman web rasmi Peugeot dan Leapmotor.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!
Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.
26-02-2026
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?
Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.
24-02-2026
Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal
SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.
10-12-2025
Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD
Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.
06-11-2025
Stellantis Malaysia Tak Jadi Bawa Masuk Jenama Jeep?
Ramai menjangkakan Stellantis Malaysia akan menghidupkan semula jenama Jeep di negara ini, bagaimanapun, laporan terkini mendedahkan bahawa tugasan tersebut kini akan dilaksanakan oleh Red Rock & Rosso Motor.
10-06-2025
Pusat Servis, Bilik Pameran Untuk Peugeot & Leapmotor Sudah Dibuka
Stellantis Malaysia merasmikan pusat servis Subang dan bilik pameran untuk pelbagai jenama yang terletak di Desa Park City, Kuala Lumpur baru-baru ini.
10-03-2025
Pusat 3S Peugeot Kini Dibuka Di Kuching, Sarawak
Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Kuching, Sarawak.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
