SAH, Perodua Aruz Black Edition Bakal Dilancar!

Perodua bakal melancarkan Perodua Aruz Black Edition selepas syarikat pengeluar kereta nasional itu menyiarkan imej teaser di halaman rasmi Facebooknya, semalam.
Walaupun, tiada nama model didedahkan namun Perodua ada menyebut mengenai Aruz 'khas'' akan hadir dalam warna hitam.
Tertera kapsyen: Jika warna kegemaran anda adalah hitam….
Jadi, kami menjangkakan Perodua akan menawarkan Aruz Black Edition.


Apapun, ketibaan model ini menandakan bahawa ia adalah kali pertama Perodua menampilkan warna baharu untuk Aruz memandangkan kali terakhir Aruz menerima pengemaskinian ialah pada tahun 2021.
Ketika itu, Perodua menawarkan beberapa ciri baharu seperti pemijak sisi dan fungsi auto-lock selain warna baharu iaitu Passion Red Metallic yang menggantikan warna Amazon Green.


Dari segi mekanikal, Perodua Aruz masih menggunakan enjin yang sama sejak penampilan pertamanya pada tahun 2017.
Untuk makluman, Perodua Aruz masih menggunakan enjin 1.5 liter sekali gus membolehkan ia menghasilkan kuasa setakat 101 hp dan tork 103Nm.
Enjinnya dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan yang memudahkan penghantaran kuasa ke roda hadapannya (FWD), menjadikan Aruz sebagai salah satu daripada dua model Perodua yang masih ditawarkan dengan unit 4AT dan bukannya kotak gear D-CVT.
Buat masa ini, masih belum pasti, sama ada warna hitam ini akan menggantikan warna-warna lain yang ditawarkan untuk Aruz sekarang, iaitu Garnet Red, Electric Blue, Glittering Silver, Ivory White dan Granite Grey.
Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi Perodua nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4902
SELANGOR
BSR6718
JOHOR
JA4418J
PULAU PINANG
PSD8749
PERAK
APJ9263
PAHANG
CFH1897
KEDAH
KGH1430
NEGERI SEMBILAN
NEK9535
KOTA KINABALU
SJT1341
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!
Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.
14-10-2024
Video Tular: Detik Pemandu Aruz Rempuh TembokTol
Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dia pandu terbabas lalu melanggar tembok Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan di Kepala Batas, Seberang Perai, malam tadi.
12-01-2026
Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!
Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.
05-08-2025
Perodua Ativa & Aruz Kini Dengan Rebat Cecah RM4K, Masa Terhad
Sempena akhir tahun, Perodua menawarkan promosi rebat istimewa mencecah RM4,000 bagi dua model terlarisnya, Ativa dan Aruz hingga 31 Disember akan datang.
21-11-2024
Isu Teknikal: JPJ Panggil Balik Alza, Aruz, Honda CB350RS
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS.
04-11-2024
Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE
Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.
28-05-2024
4 Model Perodua Dipasang Secara CKD
Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.
10-05-2024
"Kami Akan Kongsi Hasil Perbincangan Dalam Tempoh Terdekat,"' CEO PERODUA
Buat masa ini, tiada sebarang komen mengenai pengeluaran dan penghantaran model Perodua.
20-12-2023
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat