Sebanyak 112,658 Tag RFID Dikeluarkan Untuk Kenderaan Dari Singapura

Setakat 30 September lalu, sebanyak 112,658 tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Masuk Kenderaan (VEP) sudah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas kenderaan asing dari Singapura.
Memetik kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di akhbar Harian Metro sebagai berkata, jumlah itu termasuk tag RFID yang belum diaktifkan atau belum dipasang pemilik kenderaan.
Setakat ini, sebanyak 75,412 tag RFID VEP pada kenderaan bernombor pendaftaran Singapura itu sudah aktif digunakan sejak bermula pelaksanaan VEP di pintu sempadan darat Malaysia - Singapura, kelmarin.

"Tag RFID VEP yang belum diaktifkan atau dipasang, tetapi telah dihantar kepada pemilik kenderaan adalah 37,246, jadi kalau kita ambil kira dua jumlah itu, maka jumlah tag RFID VEP yang sudah dikeluarkan oleh JPJ adalah sebanyak 112,658.
Terdahulu, pihaknya melaksanakan penguatkuasaan secara berfasa dengan mengeluarkan notis peringatan kepada pemilik atau pemandu kenderaan republik itu yang belum membuat pendaftaran VEP.
Katanya, buat masa ini, penguatkuasaan dilaksanakan di laluan keluar Malaysia-Singapura dengan memeriksa kenderaan Singapura secara rawak yang dikesan tidak mendaftar VEP di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah
"Pada kelmarin dan semalam, sebanyak 678 kenderaan Singapura sudah diperiksa di kedua-dua pintu masuk itu dan 50 notis peringatan telah dikeluarkan.

"Notis peringatan turut dikeluarkan kepada pemilik kenderaan Singapura sudah melaksanakan pra-pendaftaran VEP, tetapi belum mengemukakan tiga dokumen yang diperlukan.
"Namun, pemilik kenderaan Singapura yang sudah mendaftar VEP, tetapi belum menerima tag RFID, notis peringatan tidak akan dikeluarkan," katanya
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
