ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sektor Automotif Malaysia Dijangka Melonjak Menjelang Suku Keempat 2024

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perodua-Axia-2023IMG_7301.JPG


Sektor automotif Malaysia dijangka mencatatkan peningkatan jualan dalam beberapa bulan akan datang, didorong oleh tempahan tertunggak yang tinggi dari Perodua serta kempen jualan agresif oleh pelbagai pengeluar peralatan tulen (OEM). Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB Research), kempen agresif ini mampu merangsang pasaran menjelang suku keempat 2024 (Q4 2024).


Pengukuhan Ringgit Kurangkan Tekanan Kos


Menurut HLIB Research, pengukuhan nilai ringgit baru-baru ini memberi kesan positif kepada sektor automotif. Ia berpotensi membantu mengurangkan kos operasi yang lebih tinggi menjelang suku keempat tahun 2024 (Q4 2024). 


"Kami juga melihat OEM dari China semakin agresif melancarkan kenderaan dengan harga menarik dan pelbagai ciri, yang dijangka memberi persaingan sengit kepada pengeluar sedia ada," tambahnya.


Jualan Menurun pada September, Tapi TIV Masih Meningkat


web_SN_2025-Proton-X70-launch-Sabah_-12-full-(1).jpg


Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk bulan September hanya 58,000 unit, turun sebanyak 13.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Penurunan ini disebabkan oleh penyelenggaraan berjadual dan kelewatan penghantaran bagi beberapa pengeluar.


Baca: Jualan Kenderaan Menurun, Di Mana Silapnya? – Model Petrol & Diesel Kekal Dominasi, EV Makin Perlahan


Namun, untuk tempoh sepanjang tahun hingga September, TIV menunjukkan peningkatan sebanyak 3.9 peratus. Peningkatan ini didorong oleh pemulihan dalam rantaian bekalan serta peningkatan penghantaran model-model Perodua, selain jualan kukuh model baharu dari Honda.


Ramalan 760,000 Unit untuk 2024 Kekal


HLIB Research mengekalkan ramalan TIV untuk 2024 sebanyak 760,000 unit. Ramalan ini berdasarkan tempahan tertunggak Perodua yang masih tinggi serta jangkaan aktiviti jualan yang lebih agresif daripada OEM lain menjelang Q4 2024.


Saham Pilihan: DRB-Hicom dan MBM Resources


Wisma-DRB-Hicom.png


Dalam analisisnya, HLIB Research memilih DRB-Hicom Bhd (Sasaran Harga: RM1.55) dan MBM Resources Bhd (Sasaran Harga: RM6.80) sebagai saham terbaik kerana mempunyai hubungan kuat dengan pengeluar kereta tempatan, iaitu Proton dan Perodua. Kedua-dua jenama ini kurang terkesan oleh persaingan harga dalam kategori bawah RM100,000 dan berpotensi untuk berkembang melalui eksport dalam jangka masa panjang.


Kenaikan Gaji Sokong Segmen A-B


Selain itu, HLIB Research menambah bahawa kenaikan gaji kakitangan kerajaan tidak lama lagi, berpotensi menyokong pertumbuhan TIV, terutamanya dalam segmen A-B yang ditawarkan di pasaran pada harga lebih berpatutan.

Baca: Jualan Kereta Turun 15% Bulan Lepas Sebab Ramai Nak Tunggu Pengumuman Bajet 2025

Sumber: NST

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Jualan Kenderaan Meningkat 6.6% Separuh Pertama 2024, Unjuran Baharu Lebih Tinggi – MAA

Jualan Kenderaan Meningkat 6.6% Separuh Pertama 2024, Unjuran Baharu Lebih Tinggi – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengumumkan peningkatan jumlah volum industri (TIV) jualan kenderaan baharu Malaysia sebanyak 6.6%.

16-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .

27-11-2026
Berita Auto
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
Berita Auto
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.

26-11-2026
Berita Auto
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.

25-11-2026
Berita Auto
Harga Minyak Mingguan

Harga Minyak Mingguan

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok.

25-11-2026
Berita Auto
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti

25-11-2026
Berita Auto
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.

25-11-2026
Berita Auto
JETOUR Malaysia Pasang Lebih  10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.