Dongfeng Box Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Cecah 430 KM, Dari RM100K

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) sebentar tadi telah melancarkan secara rasmi hatchback Dongfeng Box untuk pasaran Malaysia. Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu E2 dan varian lebih tinggi, E3.
Aspek Mekanikal Dongfeng Box
Model ini ditawarkan dalam dua varian, dengan model asas, E2 menggunakan pek bateri LFP 32.56 kWj yang lebih kecil, manakala varian lebih tinggi, E3, menggunakan bateri 43.89 kWj yang lebih besar.


Dengan cas penuh, varian E2 menawarkan jarak EV maksimum 330 km (CLTC), manakala varian E3 mempunyai jarak EV lebih jauh iaitu 430 km (CLTC).
Bateri pada varian E2 boleh menerima input pengecasan AC sehingga 3.3 kW, manakala E3 sehingga 6.6 kW. Sekiranya menggunakan pengecas pantas DC, kedua-duanya boleh dicas dalam masa hanya 30 minit daripada 30% kepada 80%. Yang menariknya, varian E3 hadir dengan fungsi vehicle-to-load (V2L) yang mana kenderaan boleh digunakan untuk mengecas peralatan elektrik lain.
Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang pada gandar depan (FWD) dengan kuasa 94 hp (70 kW) dan 160 Nm. Ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 12.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 140 km/j.
Model ini secara standard dipasangkan dengan sistem suspensi bebas McPherson di bahagian depan dan torsion beam di belakang.
Rekaan Dongfeng Box






Dari segi dimensi, Dongfeng Box berukuran 4,020 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,570 mm tinggi dan mempunyai jarak antara roda 2,663 mm. Ini meletakkannya dalam kategori yang sama dengan crossover hatch elektrik, Neta V dari segi saiz, dengan Box hanya beberapa milimeter lebih pendek berbanding EV BYD Dolphin dan MG4.
Untuk pencahayaan, antara ciri penting pada hatchback elektrik subkompak ini ialah penggunaan lampu depan adaptif dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Di belakang pula, model ini diberikan lampu LED.

Ciri menyerlah lain adalah potongan warna pada tiang C yang membuatkan bumbung kelihatan seolah-olah terapung. Dari sudut tepi juga dapat dilihat penggunaan rim berukuran 17 inci yang diperbuat daripada aloi aluminium untuk E3 dan keluli untuk E2. Sepertimana kebanyakan model elektrik lain, Dongfeng Box diberikan pemegang pintu jenis terbenam agar lebih aerodinamik.
Kabin Dongfeng Box



Ruang kabin Box terasa mewah dengan penggunaan kulit sintetik dan jahitan corak quilt pada pelbagai sudut. Antara kemudahan yang disediakan ialah kluster digital 5 inci dan skrin infotainmen 12 inci. Sistem infotainmen ini boleh disambungkan kepada Apple CarPlay dan Android Auto dengan dongle tambahan.


Kemudahan lain yang disediakan ialah pad pengecas tanpa wayar, penyaman udara automatik, cermin pandang belakang tanpa bingkai, lampu solek LED, pencahayaan ambien, sistem kamera 360 darjah dan sebagainya.


Walaupun kompak, ruang simpanan yang disediakan agak memuaskan, antaranya ialah dalam kotak perehat tangan dengan ruang simpanan tambahan di bawahnya, serta laci yang perlu ditarik untuk dibuka menggantikan glovebox biasa.
Ruang kargo atau but belakang menyediakan ruang simpanan dengan kapasiti simpanan 326 liter, ini boleh diperluaskan lagi kepada 945 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Keselamatan Dongfeng Box
Dari segi keselamatan, di samping dua beg udara, Dongfeng Box turut didatangkan dengan ciri bantuan kestabilan kenderaan yang merangkumi bantuan daki bukit (HAC), kawalan kestabilan elektronik (ESC), bantuan brek (EBA/BAS/BA), agihan daya brek (EBD/CBC), brek anti-kunci (ABS) dan kawalan traksi (ASR/TCS/TRC).
Bagaimanapun, hanya varian lebih tinggi, E3 hadir dengan teknologi bantuan pemandu canggih (ADAS) seperti brek aktif (AEB), sistem amaran pelanggaran hadapan (FCW), amaran keluar lorong (LDW), bantuan kekal lorong (LKA), kawalan kelajuan pintar (ISA), serta sistem pertukaran pintar antara bantuan kesesakan trafik (TJA) dan bantuan pemanduan lebuhraya (HWA) bergantung kepada kelajuan.
Harga, Waranti & Tawaran Istimewa Pembelian Dongfeng Box

Ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, model ini dipasarkan pada harga bermula dari RM100,700 untuk E2 dan RM113,700 untuk E3. Untuk sentuhan lebih eksklusif, varian E3 turut ditawarkan dalam dua tona, iaitu bumbung putih yang boleh digabungkan dengan warna badan ungur, hijau dan biru dengan caj tambahan sebanyak RM2,000, menjadikan jumlahnya RM115,700.
Pembelian adalah termasuk waranti kenderaan selama 5 tahun atau sehingga 150,000 km dan waranti bateri selama 8 tahun atau sehingga 150,000 km.
Sempena pelancaran model ini di pasaran, pemilik yang membuat pendaftaran kenderaan sehingga 31 Disember 2024 ini layak untuk menerima pengecas mudah alih dan storan kabin depan secara percuma. Selain itu, pembeli juga boleh memilih sama ada ingin menerima kredit pengecasan percuma selama dua tahun yang bernilai RM3,000, pengecas rumah (Wall Box) percuma ataupun servis bernilai RM3,000 secara percuma.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL6243
SELANGOR
BSS9275
JOHOR
JC6309J
PULAU PINANG
PSE8147
PERAK
APK7529
PAHANG
CFH4837
KEDAH
KGH6154
NEGERI SEMBILAN
NEL4846
KOTA KINABALU
SJT5934
KUCHING
QAB4206P
Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
EV Kompak Dongfeng Nammi 06 Didedahkan – Kolaborasi Dengan Syarikat Dron DJI?
Syarikat automotif China, Dongfeng, memperkenalkan SUV elektrik kompak terbarunya di bawah subjenama Nammi, Dongfeng Nammi 06.
24-02-2025
Dongfeng Forthing Xinghai S7, EV Paling Aerodinamik Di Dunia
Dongfeng mendedahkan kenderaan elektrik terbaharunya, Dongfeng Forthing Xinghai S7.
27-09-2024
Ini Dia EV Pertama PEKEMA, Dongfeng Box, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
PEKEMA mengadakan sesi pratonton untuk media bagi kenderaan elektriknya terbaharunya, Dongfeng Box di ibu pejabatnya yang terletak di Cyberjaya, baru-baru ini.
21-08-2024
EV China Terbaru, Dongfeng Box S31, Dikesan Di Malaysia – Bakal Dilancarkan?
Kenderaan elektrik (EV), DongFeng Box S31, dikesan di Malaysia. Ini pengedarnya...
17-07-2024
Dongfeng Box 2025 Raih Euro NCAP 3 Bintang – Apa Yang Kurang?
Dongfeng Box 2025 menerima penarafan tiga bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
17-10-2025
MAS 2025: PEKEMA Sahkan 2 Lagi Model EV Bakal Dilancar
PEKEMA bakal lancar dua model baharu iaitu sedan dan SUV.
10-05-2025
23 Pengedar Dilantik, Dongfeng Box Bakal Dilancar
CADB telah melantik 23 pengedar sah pertama untuk kenderaan elektrik Dongfeng Box, yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
28-09-2024
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat