ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Konsep Honda Prelude Buat Kemunculan Pertama Di Malaysia Semasa KLIMS 2024 Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

468062150_982877727218144_7013686707777324310_n.jpg


Honda Malaysia mengumumkan bahawa model konsep Honda Prelude akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024. 


Screenshot-2024-11-23-161422.jpg


Presiden dan COO Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum, menambah keterujaan dengan memuat naik mesej misteri di LinkedIn, "Kalau dah sampai Malaysia maknanya..." yang mencetuskan spekulasi bahawa Prelude mungkin memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat.


Sejarah Honda Prelude


Diperkenalkan buat pertama kalinya lebih dua dekad lalu pada  tahun 1978, Honda Prelude terkenal sebagai sebuah coupe sporty pacuan roda hadapan yang menawarkan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan dan hadir dengan pelbagai ciri inovatif menarik. Namun begitu, pengeluaran Prelude dihentikan pada tahun 2001 selepas lima generasi.


Honda Prelude Diberikan Nafas Baharu


Honda-Prelude-Concept.jpg


Bagi menghidupkan semula model ikonik ini, Honda Prelude diberikan nafas baharu dengan pelbagai elemen aerodinamik dan futuristik, namun masih mengekalkan gaya badan coupe yang klasik. 


_08A3046-11.jpg

_08A3197-11.jpg_08A3102-11.jpg


Di sebalik bentuk badan elegannya, model konsep ini menyembunyikan trenkuasa hibrid di bawah hud enjin, menyerlahkan lagi komitmen Honda terhadap elektrifikasi. Tetapi, butiran teknikal trenkuasanya masih belum didedahkah. Yang pasti, Prelude menjanjikan prestasi hebat dengan penggunaan tenaga yang lebih efisien. 


Baca: Honda Bakal Keluarkan Bateri Keadaan Pepejal Tahun 2025 Nanti – Lebih Jimat, Tahan Lama & Berkuasa


Kabin Mewah yang Mengutamakan Pemandu


Ruang kabin Prelude menyerlahkan gaya minimalis dan premium yang diinspirasikan daripada Honda Civic Type R FL5. Dengan teknologi terkini dan reka bentuk ergonomik, ia dijangka dapat memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa, terhubung dan lancar.


Acara KLIMS 2024 Jadi Platform Pengenalan Model Baharu 


Selepas enam tahun ‘mendiamkan diri’, KLIMS 2024 bakal kembali pada 5 hingga 11 Disember akan datang di MITEC, KL. Acara kali ini dijangka akan menjadi pentas pelancaran pelbagai model baharu termasuk daripada jenama Nissan, Toyota, Mazda, Kia, GWM dan MG. Perodua juga dijangka akan mempertontonkan model EV yang dibangunkan buat pertama kalinya di acara sama. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-01-2026
Global

30-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025
Global

01-10-2025
Global

08-09-2025
Global

18-12-2024
Global

09-07-2024
Global

04-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.