Lotus Store Kini Dibuka Di Pulau Pinang – Pertama Di Utara Semenanjung

Lotus Cars Malaysia memperluaskan rangkaian pusat jualannya dengan membuka Lotus Store yang ketiga di Malaysia. Terletak di Georgetown, Pulau Pinang, pusat jualan ini merupakan cawangan Lotus pertama di luar Lembah Klang. Pembukaan ini menandakan kehadiran pertama Lotus di utara Semenanjung Malaysia.
Pusat Pameran Moden untuk Pengalaman Pembelian yang Terbaik


Lotus Store Penang direka dengan identiti jenama terbaru, menampilkan ruang pameran khas bagi pelanggan untuk melihat dua model terlaris Lotus: SUV Eletre dan kereta sport Emira. Di samping itu, terdapat juga ruang konfigurator yang memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih spesifikasi yang diinginkan melalui cara yang lebih interaktif.
Menurut Pengarah Eksekutif Lotus Cars Malaysia, Mohamed Reza bin Abdul Mutalib, pembukaan cawangan di Penang adalah langkah strategik yang penting.
“Pulau Pinang ialah lokasi yang sangat penting dan strategik bagi Lotus Cars Malaysia, dan kami amat berbesar hati memperkenalkan kemudahan penuh di sini pada tahun 2024,” katanya.

Presiden dan CEO Lotus Cars untuk Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Dan Balmer, juga meluahkan keterujaannya, “Kami sangat teruja dengan pembukaan Lotus Store terbaharu di Malaysia bersama rakan kongsi setia kami di Lotus Cars Malaysia. Kami berharap dapat menyambut baik pemilik Lotus dari seluruh Malaysia untuk melihat rangkaian penuh kenderaan Lotus di cawangan baharu ini di Penang.”
Lokasi dan Waktu Operasi


Lotus Store Penang terletak di No. 2A-01-02, Jalan Penang, Georgetown, Pulau Pinang. Pusat jualan ini beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu, bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang, manakala pada hari Ahad dan cuti umum pula dari jam 10.30 pagi hingga 4.30 petang.
Pengalaman Eksklusif di Kilang Lotus, UK untuk Pemilik Emira Baharu
Selain pembukaan Lotus Store Penang, Lotus Cars Malaysia turut mengumumkan anjuran lawatan eksklusif ke kilang Lotus di Hethel, UK, khas untuk pelanggan Lotus Emira baharu. Lawatan ini akan diadakan pada April dan Oktober 2025, memberikan peluang kepada pemilik Emira untuk melihat proses pembuatan model ini di kilang Lotus serta merasai pengalaman memandu di litar ujian ikonik Lotus.
Model EV Lotus di Pasaran


Selain Emira, Lotus Cars Malaysia turut menawarkan model elektrik lain seperti SUV hyper-Eletre yang dijual dari harga RM598,800 dan model terbaharu Emeya hyper-GT, yang bermula dari RM555,000.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tempahan Lotus Eletre 2026 Kini Dibuka – Cecah 600 KM, Dari RM499K
Hanya seminggu selepas pembukaan tempahan untuk model sedan elektrik Lotus Emeya 2026MY, kini giliran ‘adiknya’, Lotus Eletre, pula membuka tempahan rasmi di Malaysia.
22-08-2025
Bilik Pameran Flagship Lotus Kuala Lumpur Kini Di Glenmarie, Shah Alam
Lotus Cars Malaysia turut merasmikan pusat pameran terbaharunya Lotus Kuala Lumpur.
16-08-2024
Varian Asas EV Lotus Eletre Kini Kembali Di Pasaran – Capai 603 HP! Cecah 600 KM! Dari RM598,800
otus Cars Malaysia (Lotus Karz Sdn Bhd) telah mengumumkan kehadiran semula varian asas, Lotus Eletre 2024, di pasaran.
20-07-2024
Lotus Cars Kini Di Pavilion Damansara Heights, Boleh Kustom Kereta Sendiri
Lotus Cars Malaysia secara rasminya membuka Lotus Store yang pertama di Damansara Heights, Kuala Lumpur.
14-03-2024
Gentari, Lotus Cars Malaysia Bekerjasama Untuk Terokai Infrastruktur Mobiliti Hijau
Gentari Sdn Bhd (Gentari) melalui anak syarikat milik penuhnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lotus Cars Malaysia (LCM) di ibu negara, pagi tadi.
13-04-2023
Kereta Sedap, Maka Harga Naik Tapi Ada Sebabnya
Lotus Cars Malaysia mengumumkan pihaknya baru sahaja mengemaskini harga rangkaian model elektrik Eletre Hyper-SUV dan Emira.
18-09-2023
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge