OMODA, Universal Pictures Jalin Kerjasama Untuk Filem Wicked
![]()
Jenama kereta di bawah Chery, OMODA menjalinkan kerjasama dengan Universal Pictures sempena pelancaran filem terbaharu berdasarkan muzikal pentas blockbuster, Wicked.
Menerusi kerjasama ini, OMODA menampilkan dua balutan kereta khas (special car wrap) yang bertemakan filem Wicked iaitu, edisi OMODA E5 Green Witch dan edisi OMODA 5 Pink Witch.

Balutan seni khas ini menampilkan kedua-dua watak utama, Elphaba dan Glinda dalam filem tersebut.
Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal Jon M. Chu, yang memberi perspektif baru kepada dunia O.
Ia menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada pemenang Anugerah Emmy, Grammy, dan Tony serta calon Oscar Cynthia Erivo sebagai Elphaba, seorang wanita muda berkulit hijau yang sering dipinggirkan.
Malah, bintang global dan pemenang Anugerah Grammy, Ariana Grande turut memainkan watak Glinda, iaitu seorang wanita muda yang popular dan dipenuhi dengan keistimewaan.
Mereka menjalin persahabatan yang tidak dijangka dan pengembaraan luar biasa mereka di Oz akhirnya mereka ditakdirkan sebagai Glinda the Good dan Elphaba the Wicked Witch of the West.
Filem muzikal ini turut dibintangi oleh pemenang Oscar pertama Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, ikon filem Jeff Goldblum, pemenang Anugerah Olivier dan calon Anugerah Emmy, Jonathan Bailey serta pemenang Anugerah Emmy untuk empat kali, Peter Dinklage.
Sementara itu, Chery berkata, hasil kerjasama itu diharap dapat memberikan pengalaman dan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada peminat Wicked dan industri automotif.

“OMODA secara aktif melibatkan generasi baharu melalui kerjasama merentas industri. Ini telah membawa kepada penciptaan ekosistem 'O-Universe', di mana jenama dan penggunanya berinteraksi merentasi pelbagai dimensi,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, orang ramai boleh melihat dan merakam gambar dengan kenderaan edisi OMODA 5 Pink Witch yang akan dipamerkan di TGV Pavilion Bukit Jalil bermula esok hingga 11 Disember 2024.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.
26-12-2025
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700
Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.
04-12-2025
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik
Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.
23-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Berita Terkini
Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!
Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.
06-10-2026
Antara Hobi Dan Nyawa: Bila Hobi Sihat Menjadi Tragedi Berdarah
Elakkan berbasikal waktu malam.
22-08-2026
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.
07-08-2026
Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?
Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.
08-07-2026
Dulu Jadi Teksi KL, Sekarang Kereta Kayangan! Evolusi Dari Golf Mk1 Ke Proton S70
Evolusi Teksi KL.
06-07-2026
KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda
Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.
02-07-2026
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!
PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.
25-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
