Proton Catat Prestasi Cemerlang Pada Oktober, Lonjak 13.6%, YTD Lebih 125K Unit

Pengeluar kereta nasional, Proton, mengakhiri bulan Oktober 2024 dengan prestasi yang cemerlang setelah berjaya mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak 12,799 unit untuk pasaran di dalam dan luar negara, peningkatan sebanyak 13.6% berbanding bulan sebelumnya, menjadikan angka sejak awal tahun sehingga kini (YTD) sebanyak 125,557 unit.
Proton Saga Kekal Sebagai Pilihan Utama

Seperti satu ‘tradisi’, Proton Saga kekal sebagai model terlaris bagi Proton, dengan 6,112 unit terjual sepanjang Oktober. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jualan Saga sepanjang tahun 2024 adalah 60,178 unit yang meletakkannya sebagai model kereta ketiga paling laris di Malaysia. Proton menyasarkan jumlah jualan Saga akan mencecah lebih 70,000 unit buat kesekian kalinya tahun ini.
Baca: Proton Saga Laku Teruk Sebab Itu Proton Kini Tawar Rebat Tunai RM500!
Proton X50 Dominasi Pasaran SUV Segmen B

Proton X50 pula kekal sebagai model kedua terlaris Proton, dengan 2,122 unit terjual sepanjang Oktober. SUV segmen B ini kini mencatatkan jumlah jualan YTD sebanyak 19,122 unit, menjadikannya peneraju dalam kategori SUV segmen B.
Baca: Kenapa Proton X50 Laku Keras?
Proton S70 Kuasai Pasaran Sedan Segmen C

Beralih kepada Proton S70, sedan segmen C ini terus memimpin segmennya pada bulan Oktober dengan jualan sebanyak 1,432 unit. Jumlah jualan YTD bagi S70 kini mencapai 16,200 unit, memperkukuhkan lagi kehadirannya dalam pasaran.
Jadual berikut memaparkan prestasi jualan untuk kesemua model Proton sepanjang Oktober 2024:

Cabaran Suku Akhir
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, menyatakan bahawa suku akhir 2024 dijangka menjadi masa mencabar bagi pemain industri automotif. Kehadiran jenama dan produk baharu serta usaha mencapai sasaran jualan melalui pelbagai tawaran menarik bakal menyajikan lebih banyak pilihan kepada pembeli kereta baharu. Ini dijangka akan meningkatkan jumlah volum industri (TIV) kepada lebih 800,000 unit buat tahun kedua berturut-turut, tetapi strategi ini dilihat sebagai tidak mampan buat jangka masa panjang dan boleh menjejaskan susut nilai kenderaan.
Mengambil kira situasi ini, Proton komited untuk memastikan nilai kereta pelanggan terpelihara dengan meningkatkan kualiti produk serta menyediakan pengalaman jualan dan perkhidmatan terbaik melalui 157 rangkaian pusat 3S dan 4S Proton di seluruh negara.
Proton e.MAS 7: Model EV Pertama Proton Bakal Dilancarkan

Proton dijangka akan menamatkan suku akhir 2024 dengan pelancaran model elektrik sepenuhnya yang pertama, Proton e.MAS 7. Tempahan untuk crossover EV ini telah dibuka dengan harga permulaan sekitar RM120,000. Pelancaran model ini dijangka akan diadakan semasa atau selepas ekspo KLIMS 2024 pada Disember akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT7468
SELANGOR
BSU3867
JOHOR
JF6365J
PULAU PINANG
PSG3972
PERAK
APM2142
PAHANG
CFJ874
KEDAH
KGJ4505
NEGERI SEMBILAN
NEM2670
KOTA KINABALU
SJU5337
KUCHING
QAB7486P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

