SAIC Motor Malaysia Buka Gudang Alat Ganti MG Motor

SAIC Motor Malaysia mengumumkan pembukaan sebuah gudang alat ganti MG Motor di Lembah Klang yang menyediakan alat ganti untuk model enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV) termasuk model popular seperti MG4 EV, MG ZS EV,MG5 Sedan, MG HS SUV, dan MG Cyberster EV Roadster yang akan datang.
Ia yang dilengkapi dengan lebih 4,500 SKU dan menempatkan lebih daripada 22,000 alat ganti,sekali gus menunjukkan komitmen syarikat untuk memberikan sokongan selepas jualan yang baik.

Dengan 12 pusat servis yang sudah beroperasi dan 13 lagi bakal dibuka tidak lama lagi, pemilik MG dapat mengakses perkhidmatan waranti dan pembaikan yang lebih mudah.
Ini bermakna, semua pengedar sah juga dilengkapi dengan stok alat ganti MG yang mencukupi untuk memastikan pelanggan tidak perlu menunggu lama semasa servis dan penyelenggaraan kereta mereka.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia. Emory Qi berkata, pihaknya berterima kasih kepada pemilik atas kepercayaan mereka terhadap kenderaan MG.
“’Misi kami adalah untuk memberikan sokongan selepas jualan yang terbaik, memberikan perkhidmatan yang proaktif dan boleh dipercayai serta memastikan setiap kenderaan MG diservis dengan segera dan sedia untuk melakukan perjalanan,” katanya.
Untuk makluman, gudang alat ganti MG ini mengukuhkan komitmen MG terhadap pemilikan kos efektif untuk pemilik MG5 Sedan, dengan pakej waranti yang kukuh dan jadual penyelenggaraan yang boleh diramal untuk meminimumkan kos.

Waranti Kenderaan Perbatuan Tanpa Had selama 5 tahun untuk MG5 dan Waranti Powertrain Perbatuan Tanpa Had selama 7 tahun, antara yang terbaik di pasaran, direka untuk mengurangkan perbelanjaan jangka panjang selain memastikan prestasi yang optimum.
Harga dan jadual penyelenggaraan yang telus serta boleh diramal untuk kenderaan MG kini tersedia di gudang tersebut dan membolehkan pemilik merancang perbelanjaan dengan lebih yakin dan mengelakkan kos yang tidak dijangka.
Untuk pemilik MG4 EV dan MG ZS EV, jaminan bateri 12V dilindungi selama 1 tahun atau 20,000 km (mana-mana yang dahulu), bersama dengan Jaminan Kenderaan 7 tahun tanpa had perbatuan dan Jaminan Bateri 8 tahun tanpa had perbatuan—memberikan ketenangan fikiran yang lebih kepada semua pemandu MG.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: SAIC Motor Malaysia Bakal Gegar KLIMS 2026: Tampil MG ZS Baharu & 'IM'
Daripada Klasik Ke IM6 Elektrik, Ini Sebab Kenapa Booth MG Wajib Dikunjungi di KLIMS 2026.
09-06-2026
SAIC Motor Malaysia Umum Pasang EV MG CKD Pertama di Melaka, Bermula 2026
SAIC Motor Malaysia mengumumkan rancangannya untuk memulakan pemasangan tempatan kenderaan MG di kilang EPMB yang terletak di Melaka, bermula pada tahun depan.
16-10-2025
SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Teh Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu
SAIC Motor Malaysia melantik Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, berkuat kuasa serta-merta, semalam.
10-09-2025
SAIC Motor, Kementerian Pengangkutan Meterai Kerjasama, Tingkatkan Keselamatan Jalan Raya
SAIC Motor Malaysia mahu membantu Malaysia meningkatkan standard keselamatan kenderaan.
09-12-2024
Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900
Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan EV terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
04-12-2024
SAIC Motor Ajak Datang KLIMS 2024, Pelbagai Ganjaran Menanti Anda!
SAIC Motor Malaysia menjemput orang ramai untuk menyaksikan barisan model MG pada pameran KLIMS 2024 yang akan berlangsung di MITEC, pada 5 Disember hingga 11 Disember ini.
02-12-2024
SAIC Motor Malaysia Rai Penyerahan Istimewa MG5 Kepada Pelanggan
SAIC Motor Malaysia mengadakan majlis penyerahan kereta MG5 kepada 20 para pelanggannya, dalam satu acara yang diadakan di MG Motor Glenmarie (Mega Galeri Sdn Bhd), baru-baru ini.
12-11-2024
MG Cyberster Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM350K
MG Cyberster sudah boleh ditempah dimana harga anggarannya cuma di bawah RM350,000.
24-10-2024
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat