Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW

Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.
Langkah ini menyusul selepas Sime Darby menyempurnakan pengambilalihan UMW Holdings pada Mac lalu melalui pembelian saham 100% selepas pembelian awal pada Ogos 2023 sebanyak 61.2% diikuti baki sebanyak 38.8%. Gabungan ini menjadikan Sime Motors dan Sime UMW sebagai peneraju dalam portfolio automotif terbesar di pasaran tempatan.
Baca: UMW Holdings Kini 100% Milik Sime Darby
Tumpuan Strategik Baharu Sime Darby
Penjenamaan semula dan perubahan identiti kepada “Sime” ini mencerminkan wawasan masa depan dan tumpuan strategik baharunya sebagai sebuah entiti yang memainkan peranan besar dalam segmen automotif dan peralatan perindustrian.
Selain nama baharu, Sime Darby turut memperkenalkan slogan terkini, "Bridging Opportunities", serta logo korporat yang lebih moden.


Menurut Sime, logo baharu ini adalah penghormatan kepada sejarah dan warisan syarikat, sambil menggarap nilai estetik yang lebih dinamik dengan fokus terhadap masa hadapan. Penggunaan identiti baharu ini akan dilaksanakan secara berperingkat di semua pusat operasi dan titik sentuhan Sime Darby dalam beberapa bulan akan datang.
Komitmen Terhadap Pemegang Kepentingan
Semasa pelancaran rasmi identiti baharu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson, menyatakan bahawa perubahan ini selari dengan matlamat syarikat untuk menyediakan produk dan penyelesaian terbaik di rantau Asia Pasifik.
Transformasi ini juga diharapkan dapat memperkukuh keupayaan Sime Darby dalam memberi nilai tambah kepada pihak-pihak berkepentingan, di samping memperkukuh kehadiran dan identiti unik agar dapat kekal relevan dan kompetitif di pasaran yang semakin mencabar.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge