ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tiada lagi jualan, kenderaan guna NGV mulai Julai 2025!

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.

“Jadi, mana-mana kenderaan motor yang dikuasakan dengan bahan api NGV tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan untuk kegunaan di atas jalan raya di Malaysia atas dasar keselamatan kepada pengguna dan orang ramai mulai 1  Julai 2025.

“Malah, PETRONAS juga akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat di dalam pasaran Malaysia sebelum penamatan sepenuhnya juga mulai 1 Julai 2025  nanti,” katanya.

Difahamkan, langkah itu diambil atas beberapa faktor, termasuk isu keselamatan kepada pengguna terutama pemilik kenderaan yang dikuasakan dengan NGV.

image.png

Lagipun, kemuncak bagi pengubahsuaian dan pemasangan kit kenderaan NGV adalah antara 1995 sehingga 2014.

"Tempoh ini memberi indikasi bahawa keseluruhan kenderaan yang terbabit pada hari ini sudah berada dalam fasa akhir hayat tangki NGV dan perlu diganti," 

“Tangki NGV mempunyai had tempoh penggunaan selamat dalam lingkungan tempoh 15 tahun dan tidak selamat jika tidak diganti, selain boleh gagal berfungsi pada bila-bila masa yang boleh mendatangkan kecederaan, kematian serta kerosakan harta benda,” tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau mengakui  ada segelintir pengguna yang sudah melaksanakan ubah suai kenderaan dengan menggunakan silinder gas memasak (LPG) yang amat berbahaya dan mendatangkan risiko kemalangan serta letupan sebelum ini.

"Silinder LPG hanya mempunyai tekanan sekitar 7 bar/100 psi berbanding tangki NGV yang mempunyai tekanan sehingga 220 bar/3,200 psi.

"Penggantian menggunakan komponen-komponen tulen pula akan memakan kos yang tinggi sehingga boleh melebihi RM7,000 bagi setiap kenderaan," katanya.

Untuk makluman, terdapat lebih kurang 44,383 kenderaan aktif yang berdaftar dengan bahan api NGV di dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan dalam tiga tahun ini.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-11-2024
Berita Auto

08-09-2025
Berita Auto
Teknologi
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

21-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.