Van Elektrik Konsep PV5 Dipertontonkan Di Kia EV Day 2024 – Pengeluaran 2025 Nanti?

Selain mempamerkan kereta Konsep Kia EV4, semasa acara Kia EV Day 2024, Kia Asia Pasifik (APAC) turut memperkenalkan van elektrik Konsep Kia PV5 yang dibangunkan berdasarkan platform EV baharu, Platform Beyond Vehicle (PBV). Platform ini direka khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan mobiliti moden, menawarkan fleksibiliti dan penyelesaian komprehensif untuk pengguna dan perniagaan.
Reka Bentuk Model Konsep PV5




PV5 hadir dengan reka bentuk yang ringkas namun diberikan beberapa sentuhan futuristik yang menyerlah dan unik. Rekaan ini memberi nilai tambah untuk aktiviti perniagaan termasuk perkhidmatan pengangkutan barangan dan penumpang.
Kabin Model Konsep PV5


Model konsep PV5 yang dipamerkan di Kia EV Day 2024 ini kelihatan menawan dengan ruang kabin yang diberikan sentuhan warna tema cerah pada segenap sudut, termasuk tempat duduk dan lapisan dalam bumbung (headliner).


Bagaimanapun menurut Kia, hanya tempat duduk pemandu telah ditetapkan, susun atur tempat duduk lain pula boleh diubah mengikut keperluan. Tiga konfigurasi ditawarkan untuk ruang kabin PBV ini iaitu Basic Van, High Roof dan Chassis Cab.
Untuk Basic Van misalnya, susun atur kabin adalah seperti yang dipertontonkan di acara ini, dengan dua barisan tempat duduk penumpang belakang. Tempat duduk ini boleh dipusingkan untuk saling berhadapan antara satu sama lain.
Teknologi Model Konsep PV5


Melalui laman web rasmi Kia, turut didedahkan bahawa PV5 menawarkan pelbagai ciri seperti sistem keselamatan canggih, sambungan OTA (Over-the-Air), kunci digital, tempat duduk dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan, serta aksesori tambahan lain.
Platform Terbaru yang Canggih
Seperti yang dinyatakan di awal artikel, PBV ialah platform pembangunan kenderaan atau van elektrik terbaru yang secara umumnya khas untuk kegunaan komersial. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan pengumuman bahawa Kia turut membangunkan sistem pengurusan armada untuk memudahkan syarikat menguruskan van-van elektrik yang digunakan.
Pengeluaran Tahun 2025

Kia Concept PV5 merupakan model PBV pertama yang dijangka akan memasuki fasa pengeluaran sebaik kilang khusus untuk pengeluaran model PBV siap dibangunkan, iaitu seawal tahun 2025 nanti. Pengeluaran model PV5 akan disusuli oleh model PBV lain iaitu van besar, PV7 dan van lebih kompak, PV1.
Baca: Konsep Kia EV4 Dipertontonkan: Apabila Elemen Futuristik, Elegan & Sporty Digabungkan
Baca: Kia EV3 Bakal Tembusi Pasaran Asia Pasifik 2025 Nanti – Termasuk Malaysia?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia EV4 Buat Kemunculan Global Di Kia EV Day 2025 – Capai 630 KM!
Sempena Kia EV Day 2025 yang kini sedang berlangsung di Tarragona, Sepanyol, pengeluar automotif Korea itu telah memperkenalkan Kia EV4.
28-02-2025
Kia EV5 Dipamerkan Di Kia EV Day 2024 – Capai 540 KM, Sentuhan Rekaan EV9
Kia APAC EV Day 2024 yang berlangsung di Taipei, Taiwan minggu ini menjadi platform penting untuk memperkenalkan pelbagai model elektrik baharu, termasuk Kia EV5.
15-11-2024
Konsep Kia EV4 Dipertontonkan: Apabila Elemen Futuristik, Elegan & Sporty Digabungkan
Kia Asia Pasifik (APAC) memperlihatkan masa depan kereta elektrik (EV) dengan mempamerkan model terbarunya, termasuk kereta Konsep EV4.
15-11-2024
Kia EV3 Bakal Tembusi Pasaran Asia Pasifik 2025 Nanti – Termasuk Malaysia?
Kia EV3 kini bersedia untuk memasuki pasaran Asia Pasifik dalam tahun 2025. Perkembangan ini didedahkan oleh Kia Asia-Pacific (Kia APAC) semasa acara Kia APAC EV Day.
15-11-2024
Kia EV5 Dipamerkan Di Kia EV Day 2024 – Capai 540 KM, Sentuhan Rekaan EV9
Kia APAC EV Day 2024 yang berlangsung di Taipei, Taiwan minggu ini menjadi platform penting untuk memperkenalkan pelbagai model elektrik baharu, termasuk Kia EV5.
15-11-2024
Konsep Kia EV4 Dipertontonkan: Apabila Elemen Futuristik, Elegan & Sporty Digabungkan
Kia Asia Pasifik (APAC) memperlihatkan masa depan kereta elektrik (EV) dengan mempamerkan model terbarunya, termasuk kereta Konsep EV4.
15-11-2024
Kia EV3 Bakal Tembusi Pasaran Asia Pasifik 2025 Nanti – Termasuk Malaysia?
Kia EV3 kini bersedia untuk memasuki pasaran Asia Pasifik dalam tahun 2025. Perkembangan ini didedahkan oleh Kia Asia-Pacific (Kia APAC) semasa acara Kia APAC EV Day.
15-11-2024
Kia APAC EV Day 2024: EV3 Serta Model Konsep EV4 & PV5 Dipertontonkan
Kia telah mendedahkan pencapaian dalam aspek teknologi, serta matlamat yang ditetapkan untuk mengukuhkan kehadiran jenamanya dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) di rantau Asia Pasifik (APAC).
14-11-2024
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat