ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Xpeng P7+ Dilancarkan Di China – Sarat Teknologi, Cecah 725 KM, Dari RM114K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Xpeng-P7-Plus-China-3.jpg


Jenama EV China, Xpeng, akhirnya memperkenalkan model sedan elektrik fastback terbaru keluarannya, Xpeng P7+. Seperti nama yang diberikan, P7+ merupakan versi yang lebih besar daripada EV Xpeng P7i, dengan pelbagai penambahbaikan terutamanya dari segi ruang dan teknologi.


Gaya Fastback Yang Elegan


Xpeng-P7-Plus-China-18.jpg


Xpeng P7+ tampil dengan rekaan fastback yang elegan, menggabungkan gaya sedan, ciri praktikal SUV dan keselesaan sebuah MPV. Di bahagian depan, P7+ kelihatan lebih tajam dengan bahasa reka bentuk “Robo Face” terbaru Xpeng, menampilkan lampu LED yang menawan dan reka bentuk bampar depan yang lebih agresif. 


Xpeng-P7-Plus-China-15.jpgXpeng-P7-Plus-China-16.jpg


Profil sisi model ini menunjukkan garis bumbung fastback yang ‘mengalir’ atau menyendeng sehingga ke but belakang, menjadikan jentera ini aerodinamik dengan kadar rintangan angin serendah 0.206 Cd. Dari sudut belakang, P7+ diberikan bar lampu belakang LED penuh bersama spoiler


Canggih & Praktikal


Xpeng-P7-Plus-China-19.jpg


Dengan panjang 5,056 mm, lebar 1,937 mm, tinggi 1,512 mm, serta jarak roda 3,000 mm, P7+ setanding dengan sedan elektrik bersaiz besar seperti Geely Galaxy E8. Dalam kabin, P7+ menawarkan ruang luas dengan pelbagai ciri teknologi dan keselesaan. 


Xpeng-P7-Plus-China-36.jpg


Antara yang disediakan ialah sistem infotainmen 15.6 inci menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8295P, stereng dua jejari dengan kluster digital 10.25 inci dan konsol tengah terapung yang dilengkapi ruang pengecas tanpa wayar 50W dan pemegang cawan.


Xpeng-P7-Plus-China-20.jpgXpeng-P7-Plus-China-22.jpg


Bagi penumpang belakang, terdapat skrin infotainmen 8 inci yang boleh digunakan untuk mengawal suhu kabin dan tempat duduk. 


Dari segi praktikaliti, ruang butnya cukup luas dengan kapasiti 725 liter. Ini boleh diperluaskan lagi kepada 2,221 liter apabila tempat duduk belakang dilipat rata.


Jarak Mencecah 725 KM!


Xpeng-P7-Plus-China-17.jpgXpeng-P7-Plus-China-11.jpg


Dibina di atas platform SEPA 2.0 yang sama seperti SUV G6, P7+ hadir dalam dua varian pacuan roda belakang (RWD). Model asas dikuasakan oleh motor berkuasa 241 hp (180 kW) dengan bateri LFP 60.7 kWj yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 620 km mengikut piawaian CLTC. 


Sementara itu, varian tertinggi menggunakan motor dengan output lebih tinggi, 308 hp (230 kW) dengan bateri 76.3 kWj yang mampu mencapai jarak sehingga 725 km (CLTC). Model tertinggi ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 5.9 saat, manakala model asas memerlukan 6.8 saat.


Teknologi Pemanduan Pintar AI Hawk


Xpeng-P7-Plus-China-6.jpg


Xpeng P7+ juga merupakan model pertama Xpeng yang dilengkapi dengan sistem pemanduan pintar AI Hawk. Menggunakan dua cip Nvidia Orin X, sistem ini boleh berfungsi tanpa teknologi LiDAR dengan hanya menggunakan 11 kamera, tiga radar gelombang milimeter dan 12 sensor ultrasonik. Xpeng mendakwa AI Hawk mampu menawarkan tahap pemanduan autonomi yang setara dengan sistem XNGP yang dilengkapi LiDAR.


Baca: SUV Elektrik Xpeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!


Harga dan Varian untuk Pasaran China


Xpeng-P7-Plus-China-32.jpg


Di China, Xpeng P7+ ditawarkan dalam tiga pilihan dengan harga bermula dari CNY 186,800 (~RM114,417) untuk varian Long Range Max, CNY 198,800 (~RM121,768) untuk Ultra Long Range Max dan CNY 218,800 (~RM134,018) untuk edisi eksklusif Limited Edition Max. Setakat ini, tiada petunjuk sama ada model ini akan dilancarkan di pasaran antarabangsa, namun P7+ dilihat memiliki potensi besar untuk memberikan saingan yang sengit kepada sedan elektrik jenama Eropah lain. 

Baca: XPeng Perkenal Sistem Pengecas Salur Lebih 1KM Dalam 1 Saat & Cip AI Canggih Untuk Pemanduan Autonomi

Xpeng-P7-Plus-China-12.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

05-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
EV

09-01-2026
Pandu Uji

07-01-2026
EV

06-01-2026
EV

02-01-2026
EV

23-12-2025
EV

11-11-2025

Berita Terkini

EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.