LRT Ampang/Sri Petaling Bakal Ada Koc Wanita – Mula 31 Disember Ini
-full.jpg)
Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd, memaklumkan bahawa inisiatif koc wanita akan mula dilaksanakan di Laluan Ampang/Sri Petaling bermula 31 Disember ini.
Ini menjadikannya laluan ketiga Rapid Rail yang menyediakan kemudahan khas untuk wanita, selepas Laluan Kajang pada September 2023 dan Laluan Putrajaya pada April 2024.
Tingkatkan Keselesaan dan Keselamatan Wanita

Menurut kenyataan Rapid Rail, inisiatif ini bertujuan memberi pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan selamat kepada penumpang wanita, yang merangkumi sekitar 60% daripada keseluruhan pengguna perkhidmatan rel.
Data menunjukkan bahawa sejak pengenalan koc wanita di Laluan Kajang, insiden gangguan tidak diingini menurun sebanyak 22% sehingga November lalu. Manakala di Laluan Putrajaya, kes gangguan mencatatkan penurunan ketara sebanyak 50% sejak inisiatif ini diperkenalkan pada April 2024.
Pengenalan Pelekat Merah Jambu

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan ini, sebanyak 36 stesen dan 45 tren di Laluan Ampang/Sri Petaling akan dilengkapi pelekat khas berwarna merah jambu untuk membantu penumpang mengenal pasti koc wanita. Koc khas ini akan ditempatkan di bahagian tengah tren, iaitu di koc ketiga dan keempat.
Koc yang disediakan ini boleh dimanfaatkan oleh:
- Penumpang wanita semua peringkat umur
- Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ke bawah dengan penjaga wanita
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta penjaga mereka dibenarkan untuk menggunakan mana-mana gerabak tren.
Pemantauan dan Sokongan Polis Bantuan
Bagi memastikan peraturan penggunaan koc wanita dipatuhi, polis bantuan akan membuat pemantauan secara berkala.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8419
SELANGOR
BST4542
JOHOR
JD6102J
PULAU PINANG
PSF3307
PERAK
APL2539
PAHANG
CFH6270
KEDAH
KGH8710
NEGERI SEMBILAN
NEL6926
KOTA KINABALU
SJT9034
KUCHING
QAB5193P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Elak Koc Wanita Diceroboh, Pegawai & Polis Bantuan Mula Buat Rondaan Berkala
Pegawai dan kakitangan polis bantuan kini ditempatkan di koc wanita bagi mengelakkan insiden pencerobohan yang kerap berlaku.
03-09-2024
Ada Berita Baik Buat Pengguna Wanita MRT!
Pelaksanaan koc wanita untuk MRT laluan Putrajaya.
09-04-2024
"Pengguna Koc Wanita Boleh Tegur Lelaki Agar Tukar Koc" – Ketua Operasi MRT
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) sedang mengkaji tata cara pengoperasian Koc Wanita.
09-10-2023
Banyak Kerosakan, LRT Laluan Ampang/Sri Petaling Buka Operasi 2024 Nanti
LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijadualkan akan beroperasi semula pada 29 Februari 2024. Ini puncanya...
29-09-2023
Banyak Kerosakan, LRT Laluan Ampang/Sri Petaling Buka Operasi 2024 Nanti
LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijadualkan akan beroperasi semula pada 29 Februari 2024. Ini puncanya...
29-09-2023
Berita Terkini
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
