- Berita
- Kereta Baru
- Nissan X-Trail e-Power Dipertontonkan Di KLIMS 2024 – SUV Hibrid 'Range Extender' Ini Bakal Dilancarkan?
Nissan X-Trail e-Power Dipertontonkan Di KLIMS 2024 – SUV Hibrid 'Range Extender' Ini Bakal Dilancarkan?
-full.jpg)
Walaupun Nissan Kicks e-Power menjadi tumpuan utama di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Nissan sebenarnya turut memperkenalkan satu lagi model hibrid e-Power, iaitu Nissan X-Trail generasi keempat.
SUV segmen C ini dipamerkan dalam pelekat samaran biru khas e-Power sama seperti yang digunakan pada Kicks e-Power sebelum pelancarannya beberapa bulan lalu. Namun, teknologi e-Power yang digunakan pada jentera ini adalah sedikit berbeza. Jom baca kupasannya…
Baca: KLIMS 2024: Nissan Kicks e-Power CBU Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM113K
Teknologi e-Power Yang Berbeza Untuk X-Trail
-full.jpg)
Nissan X-Trail e-Power dilengkapi enjin petrol turbo 1.5 liter 3 silinder yang mampu menjana 156 hp (158 ps) dan 250 Nm tork, lebih besar berbanding enjin 1.2 liter pada Kicks e-Power. Namun, enjin ini hanya bertindak sebagai penjana untuk mengecas bateri kecil yang berkapasiti 2.1 kWj, yang seterusnya memberi kuasa kepada motor elektrik.

X-Trail e-Power mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8 saat, dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 170 km/j. Berbeza dengan Kicks, model ini turut dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) e-4ORCE, memberikan motor elektrik tambahan pada gandar belakang.
Reka Bentuk Nissan X-Trail e-Power
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Nissan X-Trail e-Power generasi terbaru ini hadir dengan reka bentuk yang lebih moden berbanding generasi ketiga yang kini dipasarkan di Malaysia.
Model ini tampil menyerlah dengan bentuk badan SUV tegap dan garis bumbung yang aerodinamik. Sudut depannya menggunakan gril V-Motion yang diapit oleh lampu LED. Dari tepi, terdapat rim aloi dua tona yang berukuran 19 inci. Bergerak ke belakang, model ini diberikan lampu LED berbentuk C.
Ruang Kabin Premium


Bahagian dalam pula diberikan sentuhan premium dengan penggunaan bahan berkualiti tinggi seperti balutan kulit dan kemasan kayu. Model ini didatangkan dalam pilihan tiga baris tempat duduk yang boleh memuatkan tujuh penumpang.
Untuk varian tertinggi, X-Trail e-Power dilengkapi dengan ciri seperti skrin infotainmen 12.3 inci yang boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay, kluster digital 12.3 inci, papar pandu (HUD) 10.8 inci, sistem audio Bose dengan 10 pembesar suara, serta papan pemuka (dashboard) dua tona dalam balutan kulit.
Baca: KLIMS 2024: Nissan Hyper Tourer Didedah, MPV Elektrik Untuk Generasi Masa Depan
Pengeluaran & Jangkaan Harga
-full.jpg)
Tidak seperti Kicks e-Power yang dipasang di Thailand, X-Trail generasi keempat dihasilkan secara eksklusif di kilang Nissan Motor Kyushu, Jepun. Oleh kerana model ini berkemungkinan besar diimport sepenuhnya (CBU), harganya dijangka lebih tinggi berbanding SUV segmen C lain yang dipasang secara tempatan (CKD).
-full.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB6526
SELANGOR
BSQ6367
JOHOR
JYY1974
PULAU PINANG
PSC8264
PERAK
APJ195
PAHANG
CFG7220
KEDAH
KGG4170
NEGERI SEMBILAN
NEK5990
KOTA KINABALU
SJS3019
KUCHING
QAB9540N
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran
Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.
05-06-2026
Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya
Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.
05-06-2026
BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian
Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.
05-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat