SUV Mazda CX-60 & CX-80 Dipertontonkan Di KLIMS 2024 – Elegan, Sarat Teknologi

Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 telah membuka tirainya secara rasmi. semalam. Sempena acara ini, pelbagai model baharu dipertontonkan oleh jenama-jenama automotif Malaysia, termasuklah Bermaz Auto (BAuto) yang telah mempamerkan SUV tiga baris tempat duduk Mazda CX-80 dan juga SUV lebih kecil dengan konfigurasi lima tempat duduk, CX-60.
Mazda CX-60: Rekaan Kompak dan Prestasi Tinggi




SUV bersaiz sederhana yang sudah pun dilancarkan di beberapa pasaran ASEAN seperti Filipina, Singapura dan Indonesia ini ditawarkan dalam pelbagai pilihan trenkuasa, berbeza mengikut pasaran, termasuk yang terbaru, versi plug-in hybrid (PHEV) dengan enjin petrol 2.5 liter yang menyalurkan kuasa maksimum sebanyak 323 hp dan tork 500 Nm.
Selain itu, CX-60 juga hadir dengan pilihan enjin petrol dan diesel 3.3 liter turbo bersama sistem hibrid ringan (MHEV) 48 volt. Turut ditawarkan ialah versi enjin pembakaran dalaman (ICE) yang dikuasakan oleh enjin Skyactiv-G 2.5 liter, sama seperti model CX-5 dan CX-8.
Dari segi dimensi, CX-60 berukuran 4,745 mm panjang, 1,890 mm lebar, 1,685 mm tinggi dan jarak roda 2,870 mm, menjadikannya pesaing kepada BMW X3 dan Mercedes-Benz GLC.
Dibangunkan berlandaskan konsep "Noble Toughness," CX-60 menggabungkan reka bentuk yang bergaya dan dinamik dengan fungsi praktikal melambangkan evolusi falsafah reka bentuk Kodo yang digunakan pada pelbagai model SUV Mazda yang lain.
Antara ciri yang menyerlah ialah gril besar yang mendominasi sudut depan, membuatkannya kelihatan gagah, di sini juga terdapa lampu LED yang dilengkapi lampu DRL berbentuk L yang unik. Dari tepi, model ini kelihatan tegap dengan fender yang lebar. Bergerak ke bahagian belakang, terdapat lampu LED halus yang menyerlahkan gaya moden SUV, manakala pada sudut bawah terdapat empat corong ekzos kembar yang membuatkannya kelihatan lebih sporty.





Di bahagian dalam, konsep rekaan eksklusif Mazda, Jinba-Ittai diketengahkan, di mana reka bentuk dalaman memberi keutamaan kepada pemandu untuk mencapai keserasian antara penunggang (pemandu) dan kuda (kereta). Sebagai sebuah model eksklusif, CX-60 diberikan pelbagai sentuhan premium seperti penggunaan material kayu asli, kulit dan tekstil tenunan halus.
Mazda CX-60 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih seperti skrin instrumen 12.3 inci, kluster instrumen digital 12.3 inci dengan papar pandu (HUD), bumbung suria panoramik dan banyak lagi.
Mazda CX-80: SUV Tiga Baris Premium

Mazda CX-80 pula adalah model tiga baris yang baru sahaja membuat kemunculan rasmi di peringkat global pada April tahun ini. Kehadiran model ini di KLIMS 2024 merupakan kehadirannya yang pertama di rantau ASEAN.
Dengan dimensi 4,995 mm panjang, 1,890 mm lebar, 1,710 mm tinggi dan jarak roda 3,120 mm, CX-80 bukan sahaja lebih besar daripada CX-60 tetapi juga SUV tiga baris premium lain seperti Mercedes-Benz GLE dan Volvo XC90.



Dibina berdasarkan konsep reka bentuk “Graceful Toughness”, Mazda CX-80 menampilkan reka bentuk yang hampir sama dengan CX-60, termasuk lampu depan LED dengan DRL berbentuk L dan lampu belakang LED yang halus. Namun, CX-80 memiliki bentuk badan dan bumbung yang lebih panjang, membuatkannya kelihatan lebih elegan.



Dengan jarak roda lebih panjang, CX-80 menawarkan ruang kabin yang luas dan selesa. Ditawarkan dalam dua pilihan konfigurasi tempat duduk iaitu enam dan tujuh tempat duduk, versi dengan enam tempat duduk menampilkan kerusi gaya kapten untuk keselesaan maksimum di barisan kedua, manakala versi tujuh tempat duduk pula sesuai untuk keluarga besar.


Rekaan dan kelengkapan CX-80 hampir serupa dengan CX-60, termasuk papan pemuka dengan skrin infotainmen 12.3 inci dan kluster instrumen digital.
Berbeza dengan CX-60, hanya dua pilihan trenkuasa ditawarkan untuk CX-80 iaitu PHEV Skyactiv-G 2.5 liter dan MHEV 3.3 liter enam silinder sebaris turbo.
Pelancaran Rasmi

Berita sedih untuk peminat Mazda, kedua-dua model ini bagaimanapun hadir di negara kita hanya untuk sesi pratonton buat masa ini.
Namun, mungkin ada sinar untuk CX-60 menembusi pasaran kita, ekoran ‘tiupan’ khabar angin yang mengatakan bahawa model ini merupakan salah satu daripada produk penting dalam rancangan pengembangan produk BAuto.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EPMB Pasang GWM Haval Jolion HEV, WEY 80 PHEV Di Melaka
EPMB akan memasang secara tempatan Jolion HEV dan WEY 80 di kilangnya yang terletak di Pegoh, Melaka.
17-12-2024
KLIMS 2024: 183, 211 Pengunjung Meriahkan KLIMS 2024
Kira-kira 70 jenama automotif dan mobility terkemuka menyertai KLIMS 2024 yang berakhir pada 11 Disember lalu.
15-12-2024
SUV Elektrik Peugeot e-3008 Dipertontonkan – Capai 700 KM, Pelancaran 2025 Nanti?
Di sebalik perhatian yang diberikan kepada model lain di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024), Peugeot turut mempertontonkan SUV elektrik, Peugeot e-3008.
12-12-2024
Nissan X-Trail e-Power Dipertontonkan Di KLIMS 2024 – SUV Hibrid 'Range Extender' Ini Bakal Dilancarkan?
Walaupun Nissan Kicks e-Power menjadi tumpuan utama di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Nissan sebenarnya turut memperkenalkan satu lagi model hibrid e-Power, iaitu Nissan X-Trail generasi keempat.
11-12-2024
Konsep Honda Prelude Dipamerkan Di KLIMS 2024, MITEC – Coupe Hibrid Ini Bakal Dikeluarkan 2025 Nanti?
Honda Malaysia kini mempertontonkan model konsep, Honda Prelude di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
05-12-2024
Mazda CX-5 MazdaSports Limited Edition Kini Di Malaysia – Sentuhan Sporty Untuk Semua Varian CX-5
Bermaz Auto Berhad (BAuto) secara rasmi mendedahkan Mazda CX-5 MazdaSports (MS) Limited Edition di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
04-12-2024
Konsep Honda Prelude Buat Kemunculan Pertama Di Malaysia Semasa KLIMS 2024 Nanti
Honda Malaysia mengumumkan bahawa model konsep Honda Prelude akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
26-11-2024
Pameran Mobiliti KLIMS Kembali Tahun Ini Dengan Nama Baharu! Ini Tarikh & Lokasi
KLIMS akan kembali diadakan pada tahun ini dengan tarikh, lokasi dan nama baharu pameran diumumkan.
17-01-2024
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge