TM, PERODUA Bekerjasama Pacu Transformasi Automotif


TM memeterai kerjasama strategik dengan Perodua dalam memajukan pembangunan kenderaan elektrik (EV), inovasi digital, dan pertumbuhan lestari.
Langkah itu diambil sejajar dengan visi Malaysia untuk mewujudkan sektor automotif bernilai tinggi dan berdaya saing di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
TM, melalui TM One, cabang perniagaann untuk sektor perusahaan dan kerajaan, berhasrat menaik taraf infrastruktur Perodua dengan menyediakan sambungan tetap dan tanpa wayar, termasuk penyelesaian SD-WAN untuk rangkaian pengedar, rangkaian 5G persendirian untuk aplikasi automotif, dan teknologi pembuatan pintar untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran.
Selain itu, TM dan Perodua akan bekerjasama memperluas capaian pasaran dan meningkatkan keterlihatan jenama melalui produk bersama dan strategi inovatif ke pasaran.


Ini termasuk sistem infotainmen khusus, penyelesaian pemetaan pintar, dan pemasaran bersama menggunakan alat digital untuk menarik segmen pelanggan baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md. Deris berkata, hasil kerjasama itu mencerminkan komitmen TM dalam memacu transformasi digital dalam industri automotif,.
“Dengan menyediakan sambungan berkelajuan tinggi yang selamat dan penyelesaian digital yang boleh diskala, kerjasama ini akan menyokong misi Perodua untuk inovasi dan pertumbuhan yang lebih besar, sekaligus membuka jalan kepada masa depan industri automotif,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, kerjasama ini menonjolkan matlamat Perodua untuk memodenkan industri automotif, memperkukuh operasi, dan menetapkan standard bagi keterhubungan digital dalam industri.
“Kerjasama ini merangkumi pelbagai aspek yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami serta menghasilkan kesanlimpahan kepada industri digital dan automotif negara,” katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3253
SELANGOR
BSR6274
JOHOR
JA3589J
PULAU PINANG
PSD8160
PERAK
APJ8664
PAHANG
CFH1740
KEDAH
KGH1243
NEGERI SEMBILAN
NEK9350
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dua Kakitangan TM Panik, Kereta Hampir Masuk Gaung
Dua kakitangan TM berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka hampir terjunam ke dalam gaung.
09-12-2022
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat