ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

ZEEKR 009, ZEEKR X Dilancar, Harga Bermula Dari RM156K&RM350K

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-12-06-at-20.08.45.jpeg

Zeekr Malaysia yang dioperasikan oleh Sentinel Automotive melancarkan model pertama MPV EV Zeekr 009 dan Zeekr X, sebentar tadi.

Zeekr 009 didatangkan dalam dua varian: Luxury hadir dengan konfigurasi  7 tempat duduk  dimana ia dijual pada harga RM349,800.

image.pngimage.png

Sementara itu, varian Ultra Luxury yang hadir dengan enam tempat duduk, pula berharga RM359,800.

Mengenai trenkuasannya, Zeekr 009 dilengkapi dengan dua motor elektrik dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 450 kW dan tork 693 Nm.

Walaupun saiznya besar, 009 boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 4.5 saat,

Zeekr 009 menyokong pengecasan  AC sehingga 11 kW manakala pengecas pantas DC pula berkapasiti 150 kW.

image.png

Ini membolehkan baterinya boleh dicas  dari 10-80% dicapai dalam masa 30 minit manakala dengan pek bateri berkapasiti 116kWh, ia memberikan jarak gerak sehingga 582km .

image.png

Bagaimanapun, Zeekr 009 didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Electric Blue dan Crystal White.

Setiap pembelian Zeekr 009 ini dilindungi oleh waranti pengeluar selama 5-tahun atau 150,000 km, manakala untuk bateri pula ia diberikan waranti selama 8-tahun atau 160,000 km. 

MPV ini turut dilengkapi dengan internet 6GB yang diitawarkan secara percuma selama dua tahun 

untuk mengakses aplikasi Zeekr, navigasi dan  perisian melalui udara (OTA) untuk pengemaskiniannya.

Apa yang lebih menarik, 500 pelanggan terawal, Zeekr Malaysia turut menawarkan pengecas wallbox, pengecas mudah alih dan juga filem penapis haba secara percuma.

ZEEKR X: 

Untuk makluman, anda, Zeekr X juga sudah dilancarkan secara rasminya sebentar tadi.

Zeekr X juga didatangkan dalam dua varian: Varian Zeekr X Premium dijual pada harga RM155,800 manakala Zeekr X Flagship AWD pula berharga RM172,8000.


image.png

Zeekr Xdibina berdasarkan platform Scalable Electric Architecture (SEA) Geely yang turut digunakan oleh smart #1, smart #3, Volvo EX30.

Dari segi dimensi, Zeekr X ini mempunyai ukuran dimensi  4,432mm (panjang), selebar 1,836mm, tinggi 1,566mm manakala jarak roda pula, 2,750mm.

Mengenai trenkuasanya, model Flagship AWD  hadir dengan dua motor elektrik berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 315 kW dan tork 543 Nm. Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.8 saat.

image.pngimage.png

Bagi varian Premium pula, ia disumbat dengan motor elektrik pacuan roda belakang dimana  ia mampu menjana kuasa setakat 200kW (268 hp) dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 5.6 saat.

Mengenai pengecasannya, kenderaan ini sebenarnya menyokong pengecasan pantas DC 150kW dimana ia mengambil masa 30 minit bagi pengecasan 10-80 peratus.

Bagi yang berminat, Zeekr X didatangkan dalam lima pilihan warna: Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige dan Pine Green.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Zeekr 009 Jadi Shuttle VIP Rasmi di Subang SkyPark

Eksklusif! Zeekr 009 Tawar Servis Shuttle Mewah di Subang SkyPark.

10-09-2026
Berita Auto

PM Naik Zeekr 009 Viral Sebab No Plat

PM Naik Zeekr 009 — Plat VHY 1947 Curi Tumpuan, Rupanya Ada Maksud Tersirat.

17-08-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026
Kereta Baru

Zeekr 009 Executive AWD Berharga RM299,800, Jarak Gerak 604KM

Zeekr Malaysia mengesahkan Zeekr 009 Executive kini dijual pada harga RM299,800 selepas melancarkan Pusat Zeekr di pusat beli-belah KLCC, Kuala Lumpur sebentar tadi.

19-08-2025
EV

Zeekr 009 Executive Kini Dengan Suspensi Udara Dwi-Ruang – Lebih Selesa

Selepas kemunculan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 baru-baru ini, Zeekr Malaysia kini memperkenalkan penambahbaikan pada varian Zeekr 009 Executive.

15-05-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
EV

Jom Lihat EV Premium Zeekr X & Zeekr 009 Di Sunway Pinnacle – Minat Terus Tempah!

Kenderaan elektrik (EV) Zeekr X dan Zeekr 009 kini membuat kemunculan pertama untuk tontonan umum.

08-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.