Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Nissan KICKS e-Power

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengesahkan bahawa pihaknya akan menghantar model Nissan KICKS e-POWER kepada pelanggannya dalam tempoh terdekat ini.
Pengesahan itu dibuat selepas beberapa gambar menunjukkan sejumlah besar Nissan KICKS e-POWER telah dihantar di sebuah parkir yang dipercayai di Thailand. Ini kerana model Nissan KICKS untuk Malaysia dibuat di negara sana.


Terdahulu, ETCM secara rasminya telah melancarkan model Nissan KICKS pada KLIMS 2024. Ia didatangkan dalam dua varian; varian biasa VL manakala varian tertinggi ialah VLT.
Varian VL ditawarkan pada harga RM113,800 manakala VLT biasa berharga RM121,800 manakala VLT (2-tona warna pula (RM125,800).

Apa yang menarik mengenai Nissan Kicks e-Power, ia adalah model pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi hibrid elektrik inovatif e-Power.
Teknologi ini menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan sistem motor elektrik, menjadikannya sebuah model Extended-Range Electric Vehicle (EREV).
Sistem EREV Kicks e-Power dipasangkan dengan enjin petrol 1.2 liter 3 silinder sebagai penjana kuasa untuk motor elektrik depan dan bateri 2.1 kWj.

Ia mampu menghasilkan kuasa 127 hp (129 ps) dan tork 280Nm membolehkan ia memecut 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat.
Dengan sistem trenkuasa ini, Kicks e-Power menjanjikan penjimatan bahan api yang tinggi, dianggarkan boleh mencapai jarak 21.7 km dengan 1 liter minyak, dan boleh menempuhi perjalanan sehingga 900 km dengan tangki penuh 41 liter.
Apapun, selain daripada Kicks e-Power, ETCM sudah bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak model yang menampilkan rangkaian kuasa elektrik yang sama pada akhir tahun ini. Antaranya ialah MPV Serena generasi keenam dan beberapa model lain.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge