BMW 530i M Sport Kini Boleh Ditempah – CKD, Anggaran Dari RM400,000

BMW Group Malaysia memulakan tahun baharu dengan penuh kemeriahan melalui pengenalan dua model terbaru untuk pasaran tempatan, salah satunya ialah sedan BMW 530i M Sport. Tempahan bagi model ini telah dibuka dengan anggaran harga rasmi sekitar RM400,000.
Varian baharu ini diposisikan di atas 520i dan 520i M Sport, menjadikannya varian tertinggi bagi model sedan generasi kelapan (G60) yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE). Sama seperti varian lain, 530i M Sport juga dipasang secara tempatan (CKD).
Lebih Berkuasa Dengan Enjin 2.0-Liter Turbo Hibrid Ringkas

Dari segi mekanikal, BMW 530i M Sport dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4 silinder turbo petrol dengan teknologi hibrid ringkas (MHEV), menjanjikan prestasi yang lebih tinggi berbanding varian di bawahnya. Enjin ini menghasilkan 258 hp dan 400 Nm, atau peningkatan sebanyak 50 hp dan 70 Nm.
Kuasa ini disalurkan ke roda belakang melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j yang dihadkan secara elektronik.
Sistem MHEV 48 volt ini bukan sahaja memantapkan lagi prestasi kereta tetapi juga meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon.
Sentuhan Canggih & Mewah Di Pelbagai Sudut
BMW 530i M Sport hadir dengan pelbagai ciri menarik termasuk Adaptive Suspension Professional dan Integral Active Steering yang membolehkan roda belakang berputar sehingga 2.5 darjah untuk kestabilan dan kawalan yang lebih baik.

Memasuki ruang kabin, pemandu dan penumpang disambut oleh modul paparan BMW Curved Display, yang menggabungkan panel instrumen 12.3 inci dan skrin infotainmen 14.9 inci.
Untuk pengalaman audio yang mengagumkan, BMW 530i M Sport dilengkapi dengan sistem audio premium Bowers & Wilkins yang terdiri daripada 18 pembesar suara 655 watt.
Dari segi teknologi, sistem operasi BMW Operating System 8.5 dengan QuickSelect memastikan paparan dan fungsi dalam kereta berjalan lancar.
Keselamatan Diberikan Keutamaan
BMW 530i M Sport dilengkapi dengan pakej Driving Assistant Plus dan Parking Assistant Plus yang terdiri daripada pelbagai sistem bantuan untuk pemanduan yang lebih selamat dan mudah.
Pilihan Warna & Personalisasi M Performance

BMW 530i M Sport ditawarkan dalam lima pilihan warna luaran iaitu Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Phytonic Blue Metallic, Brooklyn Grey Metalli dan Cape York Green Metallic. Untuk kabin pula dua warna tema dua tona ditawarkan iaitu Black/Atlas Grey dan Copper Brown/Atlas Grey. Bagi mereka yang menginginkan kelainan, katalog aksesori BMW M Performance juga disediakan untuk menambah sentuhan peribadi pada sedan sport ini.
Harga & Jaminan
Model yang dipasang secara CKD di kilang yang terletak di Kulim, Kedah ini dijangka akan ditawarkan pada harga RM400,000 (tidak termasuk insurans), dengan pakej jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge