BMW i4 eDrive35 M Sport Facelift 2025 Dilancar, Jangan Risau, Harga Mampu Milik

BMW Malaysia melancarkan BMW i4 eDrive35 M Sport facelift 2025 ke pasaran tempatan, pagi tadi.
BMW i4 eDrive35 M Sport 2025 ini ditawarkan pada harga RM294,800 dan harga ini termasuk jaminan serta bantuan tepi jalan dan BMW Service Online selama dua tahun.
Bagaimanapun, jika para pemilik memerlukan jaminan serta pakej servis lima tahun, harganya akan mencecah RM315,600.
Menjengah bahagian luarannya, jentera ini hadir dengan gril kidney baharu yang menampilkan rekaan yang agak futuristik.

Dari sisi pula, ia dipadankan dengan rim 996M dua-tona lebih besar berdiameter 19-inci yang sebenarnya menonjolkan lagi siluet badannya.
Antara pengemaskianian lain yang dibuat ialah BMW i4 eDrive35 M Sport serba baharu ini dipasang dengan lampu LED adaptif dan lampu belakangnya jenis laserlights.

Menjengah bahagian kabinnya pula, ia menampilkan paparan instrumen digital BMW Curved Display bersaiz 12.3-inci, skrin utama 14.9-inci, paparan head-up, kemasan Aluminium Rhombicle Anthracite M, sistem pendingin hawa tiga-zon, Connected Package Professional, pad pengecas tanpa wayar dan banyak lagi.

Untuk makluman, jentera ini disumbat dengan motor elektrik tunggal dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 210 kW (286 hp) dan tork 400 Nm.
Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 190 km/j.
Bagi bab pengecasan pula, BMW i4 ini ia menyokong sistem pengecas pantas DC sehingga 180 kW dimana baterinya penuh dari 10%-80% hanya dalam masa 32 minit manakala jika menggunakan AC 11-kW , anda perlu menunggu sekurang-kurangnya tujuh jam.
Sementara itu, bercakap mengenai kelengkapan lain,jentera ini sebenarnya cukup sarat dengan sistem-sistem amaran yang cukup canggih.
Apa tidaknya, BMW i4 eDrive35 M Sport ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu yang cukup canggih seperti Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi Stop dan Go, Bantuan Parkir, Amaran Tukar Lorong, Amaran Pelanggaran Hadapan, Amaran Lintasan Tragik Belakang, Info Had Kelajuan dan banyak lagi.
Bagi yang berminat, ia hadir dengan dua warna yang cukup menggoda, , Cape York Green dan Fire Red. Selain warna memukau itu, terdapat juga warna-warna biasa seperti Alpine White, Mineral White, BlackSapphire, M Portimao Blue dan M Brooklyn Grey.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT5654
SELANGOR
BSP1578
JOHOR
JYU6073
PULAU PINANG
PSB3574
PERAK
APG5721
PAHANG
CFG1837
KEDAH
KGF2754
NEGERI SEMBILAN
NEK941
KOTA KINABALU
SJR3395
KUCHING
QAB5401N
Terakhir Kemas Kini 16 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat