Jetour Mahu Buka 20 Outlet Di M'sia, Jetour Dashing Bakal Dilancar!

Jetour Malaysia merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 10 pusat 3S dan 4S di seluruh Malaysia pada suku pertama tahun ini.
Bagaimanapun, Jetour juga berhasrat untuk membuka 10 outlet lagi menjelang akhir tahun nanti sekali gus menjadikan Jetour akan mempunyai 20 outlet di Malaysia.
Untuk itu, Naib Presiden Jetour International. Kevin Xu mengesahkan pihaknya akan membawa masuk model pertama mereka, Jetour Dashing versi pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Malaysia pada suku pertama tahun ini.
Difahamkan, jentera itu akan dibawa masuk selewat-lewatnya Mac ini.

"2025 adalah tahun yang penting bagi Jetour Malaysia kerana kami akan memulakan perjalanan yang mengujakan ini di Malaysia,” katanya.
Jetour Dashing akan hadir dalam dua varian: Prime dan Signature. Dari segi dimensi, SUV segmen-C ini berukuran 4,590 MM panjang, 1,900 mm (lebar), 1,685 mm (tinggi) manakala jarak roda pula, 2,750 mm.
Jetour Dashing disumbat dengan enjin petrol 1,5 liter dan dipadankan dengan kotak automatik DCT 6-kelajuan.

Ini membolehkan ia mampu menghamburkan kuasa setakat 156 hp dan 230 Nm.
Dari penggayaan, ia hadir dengan rim 18-inci (Prime), lampu depan LED, DRL LED, lampu belakang LED, pintu belakang berkuasa, sementara varian Signature diserlahkan melalui rim 19-inci.
Menjengah bahagian kabin, ia hadir dengan upholsteri tempat duduk kulit, tempat duduk pemandu berkuasa enam hala, instrumen digital 10.25-inci, skrin sentuh infotainment 10.25-inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, pad pengecasan wayarles 50W, empat pembesar suara serta penyaman udara automatik.

Sementara itu, varian Signature didatangkan bumbung panaromik, tempat duduk penumpang hadapan berkuasa empat hala, pencahayaan ambien, bantuan pertukaran lorong, pemantauan titik buta, amaran pertukaran lorong, amaran lalu lintas lintas belakang dan kamera 360 darjah.
Selain mengenai Dashing, Jetour Malaysia juga akan memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (BEV) pada suku kedua tahun ini, termasuk Jetour T2 hibrid plug-in (PHEV) pula akan tiba pada tahun 2026.
Buat masa ini, Jetour Malaysia tidak mendedahkan butiran selanjutnya mengenai model berkenaan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Jetour G700 Malaysia Bakal Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Jetour G700 Sah Ke KLIMS 2026.
09-06-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Jetour Malaysia Club Dilancar, Semakin Ramai Guna Jetour, Setakat Ini Terdapat 31 Pusat Jualan Servis
Jetour Malaysia secara rasmi melancarkan JETOUR Malaysia Club.
13-02-2026
Jetour Nak Bina 'Pusat Content' Di Malaysia? Ini Strategi Agresif Untuk Pasaran Malaysia 2026
Jenama SUV yang semakin meningkat naik, Jetour Malaysia, menutup tirai tahun lalu dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerahkan sebanyak 2,741 kenderaan.
09-02-2026
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat