Kerajaan Perlu Tawar Subsidi Untuk Beli Dashcam Sebab Bukan Semua Mampu Beli

Kerajaan sepatutnya mempertimbangkan untuk menawarkan pengecualian cukai atau subsidi untuk pembelian kamera papan pemuka bagi menggalakkan penggunaannya.
Itu kata Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye kepada Bernama.
Langkah itu perlu diambil memandangkan kamera papan pemuka sangat berkesan dalam memantau tabiat pemanduan dan menyediakan bukti yang tidak berat sebelah sekiranya berlaku kemalangan.
"Kehadiran dashcam boleh bertindak sebagai pencegah kepada pemanduan berbahaya, pemanduan laju, dan tingkah laku tidak bertanggungjawab lain di jalan raya.

"Kesedaran bahawa tindakan mereka dirakam mendorong pemandu untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan lebih berhati-hati. Ini boleh mengurangkan risiko kemalangan dan mewujudkan budaya tanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya," katanya.
Berdasarkan pemantauan kami, harga kamera papan pemuka dijual bermula dari RM60 hingga RM1,000 di pasaran tempatan.
Untuk itu, sudah tiba masanya, kerajaan mempertimbangkan untuk pengecualian cukai atau subsidi untuk pembelian kamera papan pemuka bagi meringankan beban kepada golongan yang tidak berkemampuan.
Selain cadangan itu, beliau turut melontarkan cadangan dengan mewajibkan pengeluar kenderaan memasukkan kamera papan pemuka sebagai peralatan standard dalam kenderaan baharu.
"Kami menggesa semua pihak berkepentingan termasuk pemandu, pengeluar, dan pembuat dasar untuk bekerjasama menjadikan kamera papan pemuka sebagai ciri keselamatan penting, mampu milik, dan mudah diakses bagi setiap kenderaan di negara ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6242
SELANGOR
BSR5170
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6921
PERAK
APJ7437
PAHANG
CFH1334
KEDAH
KGG9769
NEGERI SEMBILAN
NEK8753
KOTA KINABALU
SJT130
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 12 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat