ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Koleksi Hot Wheels Formula 1 Didedahkan – Diecast Realistik & Set Litar Canggih

Sofea Najmi

Kongsi melalui

JBM16_Mercedes_001_PR.jpg

Mattel Inc. telah melancarkan koleksi diecast dan set permainan Hot Wheels baharu yang bertemakan Formula 1 (F1) untuk tahun 2025. Koleksi Hot Wheels Formula 1 yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu hasil kerjasama jangka panjang jenama tersebut dengan F1 telah menarik perhatian ramai peminat di seluruh dunia. 


Replika F1 Dalam Skala 1:64


hw-race-basics-group_PR.jpg


Menjelang Pameran Mainan Antarabangsa Nuremberg, koleksi baharu ini mengetengahkan model diecast skala 1:64 yang mewakili lapan daripada sepuluh pasukan F1. Model-model ini ditawarkan dalam pek satu unit atau lima unit, dan juga versi premium dengan perincian lebih eksklusif.


Model standard direka khas untuk digunakan pada trek oren ikonik Hot Wheels, manakala versi premium menawarkan ciri seperti badan logam, livery pasukan yang asli dan tayar Pirelli yang realistik.


HW_Race_Premiums_Group_Shots_lockup_PR.jpg


Berikut adalah senarai harga untuk koleksi diecast yang ditawarkan:

  • Hot Wheels F1 Singles (US$1.25/~RM5.50)
    Antara pasukan ikonik yang hadir dalam bentuk replika satu unit adalah termasuk Oracle Red Bull Racing, Mercedes-AMG Petronas Formula One Team dan Williams Racing. 
  • 5-Pack Assortment (US$6.25/~RM27)
    Replika dalam pek lima unit pula mengandungi model tambahan daripada pasukan seperti McLaren, Alpine, Haas, Red Bull dan Sauber.
  • Premium Series (US$7.99/~RM35)
    Versi premium menawarkan badan dan casis logam sepenuhnya, tayar Real Riders dan perincian yang menyamai kereta F1 sebenar. Model ini turut dilengkapi tapak  (plinth) untuk mempamerkan jentera dan pembungkusan eksklusif, sesuai untuk pengumpul tegar.

Set Litar Untuk ‘Aksi Perlumbaan’ Di Rumah


Formula-1®-Sprint-Race-Circuit--(1).jpg


Selain model kereta, turut ditawarkan dalam koleksi ini ialah set permainan Hot Wheels F1 Sprint & Grand Prix Race Circuit. Set ini dilengkapi dengan pemacu atau booster pedal gas dan manual DRS diverter yang membolehkan peminat mensimulasikan aksi memotong serta ‘drama’ perlumbaan sebenar.


Berikut adalah senarai harga set litar yang akan dilancarkan pada Ogos 2025:

  • Sprint Race Circuit (US$39.99/~RM175)
    Dilengkapi pemacu pedal gas, pengira pusingan dan inner track diversion.
  • Grand Prix Race Circuit (US$74.99/~RM328)
    Menawarkan ciri lebih canggih seperti  three-lane booster, manual DRS diverters dan pengira sehingga 25 pusingan.

Koleksi Hot Wheels F1 Kini Di Pasaran


Koleksi Hot Wheels Formula 1 ini akan mula dipasarkan di peruncit terpilih tahun ini. Walau bagaimanapun, buat masa ini, koleksi ini masih belum disenaraikan di laman web Mattel Malaysia. Untuk melihat koleksi penuh, layari www.hotwheels.com/formula1.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6845

SELANGOR

BSU3764

JOHOR

JF6065J

PULAU PINANG

PSG3794

PERAK

APM1960

PAHANG

CFJ647

KEDAH

KGJ4457

NEGERI SEMBILAN

NEM2595

KOTA KINABALU

SJU5267

KUCHING

QAB7463P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup
Gaya Hidup
Berita Auto

05-10-2026
Berita Auto

05-10-2026
Berita Auto

05-10-2026
Berita Auto

02-10-2026
Berita Auto

01-10-2026
Global

08-12-2025

Berita Terkini

Gaya Hidup

Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!

Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.

06-10-2026
Gaya Hidup
Gaya Hidup
Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Gaya Hidup

Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.

08-07-2026
Gaya Hidup

KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.