ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Model Y: Tesla Model Y 2025 Atau Model Y 2024? Mana Satu Pilihan Pembeli?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tesla Malaysia sudah pun membuka tempahan untuk Tesla Model Y Juniper 2025 baru-baru ini.

Model facelift Tesla Model Y ini hadir dengan dua varian dimana pacuan roda belakang (RWD) ditawarkan pada harga RM195,450.

Varian ini yang dilengkapi motor elektrik tunggal mampu menghasilkan kuasa setakat 299PS dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.9 saat. 

Namun, kelajuan maksimum kini dikurangkan kepada 201km/j berbanding 217km/j sebelum ini.

Varian kedua adalah model Long-Range pacuan semua roda (AWD), yang menggunakan motor elektrik 264PS pada gandar belakang dan motor 186PS pada gandar hadapan.

image.png

Varian ini pula mampu menghasilkan kuasa setakat  450PS. Dengan kuasa tambahan ini, SUV ini mampu mencapai kelajuan 0-100km/j hanya dalam 4.3 saat. Dengan harga RM242,450, jarak perjalanan kini meningkat sebanyak 30km daripada Model Y sebelumnya, menjadikan jarak maksimum 719km.

Di sebalik itu, difahamkan, Tesla Malaysia juga sedang mengadakan jualan penghabisan stok untuk model Tesla Model Y 2024.

image.png

Ini kerana berdasarkan laman web Tesla, sekurang-kurangnya 14 unit yang ditawarkan pada harga diskaun iaitu 6 unit RWD, 2 varian Long Range pacuan semua roda (AWD) dan 6 unit Performance AWD.

Bagi Model Y RWD, ia berharga antara RM173,800 dan RM194,800, bergantung kepada ciri-ciri yang ditawarkan.

Untuk model terbabit, terdapat penjimatan sehingga RM21,650 berbanding dengan model tahun  2025. 

Sementara itu, harga untuk AWD Long Range 2024 pula bermula dari RM255,500 manakala AWD Performance (RM254,400) dimana ia merupakan satu-satunya tawaran unik memandangkan varian in masih belum tersedia untuk versi 2025.

image.png

Apa yang menjadi persoalan walaupun stok 2024 ditawarkan dengan penjimatan harga,  adakah pembeli akan memilih model lama atau sanggup menunggu model 2025?


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8215

SELANGOR

BSU3986

JOHOR

JF6629J

PULAU PINANG

PSG4133

PERAK

APM2293

PAHANG

CFJ1053

KEDAH

KGJ4585

NEGERI SEMBILAN

NEM2740

KOTA KINABALU

SJU5414

KUCHING

QAB7512P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

28-07-2026
EV

10-07-2026
EV

01-07-2026
Berita Auto

16-02-2026
Kereta Baru
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.