Bosch Lancar 8 Produk Alat Ganti Terbaharu

Bosch Mobility Aftermarket (MA) memperkenalkan lapan produk alat ganti kenderaan terbaharunya semalam.
Antara lapan produk yang diperkenalkan itu adalah wiper cermin TL, bateri EFB 1, pengecas bateri C70B, palam pencucuh EVO, minyak brek, kompaun brek cakera, bendalir brek ENV6 dan pad brek seramik.
1. WIPER CERMIN TL:


• Direka untuk ketahanan yang lebih tinggi dan kebolehsuaian lebih baik bagi kenderaan baharu buatan Jepun.
• Proses pengelapan yang lebih senyap dalam apa jua keadaan cuaca

2. BATERI EFB 1 (M42R)
• Direka untuk kenderaan mula-henti (start-stop) dan diuji hingga 36,000 kitaran.
• Berkuasa tinggi dengan 400 Cold Cranking Amps (CCA) dan 40 Amp Hours (Ah) untuk jangka hayat lebih lama.
3. PENGECAS BATERI
• Pengecasan cekap dengan mod sokongan binaan dalaman untuk meningkatkan aspek penggunaan.
• Pengecasan pintar dengan tetapan memori tersedia.
• Ketahanan kalis air IP65 yang diperakui dan pengecasan automatik menerusi satu butang yang intuitif.
4.PALAM PENCUCUH EVO


• Jangka hayat lebih lama hasil penggunaan pin iridium dan plat platinum untuk menawarkan prestasi optimum.
• Struktur mekanikal dan elektrik teguh untuk ketahanan lebih baik dan keupayaan dielektrik tinggi.
• Rekabentuk penebat dipertingkat dan salutan nikel untuk perlindungan kakisan lebih baik.
5. MINYAK ENJIN

• Direka untuk memberi pelinciran prestasi tinggi untuk kecekapan enjin optimum dalam semua kondisi.
• Mengoptimum kecekapan untuk penjimatan bahan api lebih baik dan tahap penggunaan lebih rendah.
• Melindungi sistem ekzos, mengurangkan emisi dan mengekalkan kestabilan pelinciran.
6. PAD BREK SERAMIK
• Bahan plat sokongan berkekuatan tinggi untuk mengurangkan lenturan pad dan direka khas untuk kenderaan buatan Malaysia.
• Reka bentuk pemipis penahan bunyi untuk saringan bunyi yang lebih baik.
• Formulasi geseran yang sepadan dengan kenderaan untuk keberkesanan brek dalam semua keadaan.
7. KOMPAUN BREK CAKERA
• Mengurangkan berat kenderaan dan jisim bebas suspensi untuk meningkatkan keselesaan dan kawalan pemanduan.
• Kapasiti haba dan keraliran udara panas dipertingkatkan yang membolehkan aspek penyejukan lebih pantas.
• Memenuhi dan menjangkaui piawaian ECER 90 serta dibangunkan untuk kenderaan Continental.

8. BENDALIR BREK ENV6
• Sesuai untuk DOT3, DOT4, DOT5.1 dan Class6 dengan sifat anti-kakisan.
• Jangka hayat servis yang lebih panjang dan memenuhi piawaian OE.
• Dibangunkan untuk kenderaan Continental dan sesuai bagi kegunaan kenderaan buatan Jepun untuk prestasi brek yang lebih baik.

Sementara itu, Pengarah Perniagaan Negara Bosch Mobility Aftermarket Malaysia, Dillion Goh berkata pihaknya teruja memperkenalkan produk canggih itu seiring dengan komitmen mereka untuk terus menawarkan produk yang terbaik daripada jenama yang telah dipercayai sejak lebih 100 tahun.
“Keunggulan kualiti serta kepakaran industri yang menjadi nadi Bosch kini diperkukuh dengan hala tuju baharu kami, iaitu Driver’s Choice: Ask for Bosch.
“Pendekatan ini bukan sekadar satu langkah ke hadapan dalam inovasi, tetapi juga bukti nyata dedikasi kami dalam menyediakan komponen automotif berkualiti tinggi serta teknologi canggih yang memenuhi jangkaan pelanggan kami," katanya.
Untuk keterangan lanjut, layari Automotive Workshop Equipment | Premium Tools | Bosch Aftermarket.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN1917
SELANGOR
BST3325
JOHOR
JD3385J
PULAU PINANG
PSF1846
PERAK
APL1193
PAHANG
CFH5745
KEDAH
KGH7647
NEGERI SEMBILAN
NEL6164
KOTA KINABALU
SJT7821
KUCHING
QAB4746P
Terakhir Kemas Kini 28 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cara Periksa Minyak Hitam
Ramai buat silap check minyak hitam! Ketahui cara betul periksa paras minyak enjin sebelum mulakan perjalanan balik kampung supaya kereta tak 'makan' enjin tengah jalan.
18-03-2026
Hati-Hati Beli Minyak Enjin Murah Di TikTok
PDRM berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan perniagaan pembuatan minyak enjin palsu.
30-04-2025
Kerajaan Tangguh Label Penandaan Minyak Enjin Hingga Okt 2025
Atas beberapa kekangan teknikal, langkah itu ditangguh selama enam bulan lagi.
14-04-2025
Naya! Ramai Jadi Mangsa MInyak Pelincir Tiruan, Ini Langkah Untuk Selamat
Penjualan minyak pelincir tiruan semakin berleluasa, ini cara untuk mengelakkan diri menjadi mangsa...
28-06-2023
Berita Terkini
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan
PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.
27-08-2026
Harga Minyak Naik 5 Sen: RON95 Tanpa Subsidi Kini RM3.82
Minyak tanpa subsidi cuma naik 5 sen.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat