Denza D9 Dilancar: Ada 2 Varian: Harga Serendah RM259K

DENZA, jenama premium di bawah BYD melancarkan secara rasminya Denza D9 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Denza D9 didatangkan dalam dua varian Advance FWD (RM259,000) manakala varian Premium AWD pula berharga (RM309,000).


Bagi varian FWD, ia menawarkan kuasa 308 hp (230 kW) dan 360 Nm dimana ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 9.5 saat dan kelajuan maksimumnya pula adalah sekitar 190km/j.
Sementara itu, Premium AWD yang mampu menghamburkan kuasa setakat 369hp dan 470nm pula mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat dan kelajuan maksimumnya juga 190km/j.


Kedua-dua varian Denza D9 disumbat dengan dengan bateri yang sama, iaitu 103.3kWh jenis BYD Blade LFP. Ia juga didatangkan secara standard dengan pengecasan AC 3-fasa 11kW dan menyokong kelajuan pengecasan DC sehingga 166kW.
Dari segi dimensi, ia berukuran 5,250 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,920 mm tinggi serta jarak roda 3,110 mm.
Melihat luarannya, ia kelihatan sedikit sama dengan Toyota Alphard namun Denza D9 sebenarnya ebih lebar daripada Alphard.


Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan infotainmen bersaiz 15.6 inci, kluster instrument 3D, ada pengecas wayarles, 14 speaker Dynaudio, meja jenis lipat, kesemua kerusi dibaluti dengan kulit Nappa, didatangkan dengan kerusi kapten dengan fungsi urut, 4 ISOFIX dan banyak lagi.


Lebih menarik, Denza D9 di pasaran Malaysia juga akan didatangkan standard dengan peti sejuk yang boleh dibuka secara automatik dengan menekan satu butang. Bukan setakat itu, peti itu turut boleh digunakan sebagai pemanas kerana menyokong suhu sehingga 50 darjah.
Si pemilik kereta ini juga boleh boleh mengawal peti sejuk itu dengan menggunakan skrin sentuh 5.5-inci.
Malah, skrin yang sama juga boleh digunakan untuk melaraskan kerusi serta mengawal penghawa dingin pintu, tingkap, sunroof, sunshade dan lampu ambien.
Mengenai ruang butnya, ia seluas 410 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruang butnya boleh menjadi lebih luas iaitu 2,310 liter.
Dari segi ciri keselamatan, ia juga sama dengan jenama BYD yang lain dimana Denza D9 didatangkan dengan Sistem ADAS sekali gus membolehkan pemanduan separa autonomi Tahap 2.
Ia termasuk Kawalan Jelajah Adaptif, Kawalan Pengekalan Tengah Lorong, Amaran Lintasan Trafik Hadapan dan Belakang dengan brek automatik, Amaran Pelanggaran Belakang, Pemantau Titik Buta, dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, MPV ini hadir dengan warna Arctic White, Whale Sea Blue & Cosmos Black.

Untuk tempahan awal, para pembeli akan menerima pemasangan percuma wallbox 22kW, servis percuma 6-tahun/120,000 km, beg Denza dan bantal sokongan untuk leher dan kepala.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge