Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik

Isuzu memperkenalkan trak pikap Isuzu D-Max Double Cab 1.9-liter 4×2 Manual Low Ride yang baharu.
Isuzu D-Max Low Ride 4x2 baharu inimenampilkan fungsi dan kecekapan sebagai keutamaannya, sekaligus menjadi sebuah trak pikap mampu milik dalam pasaran pada ketika ini.
Bagi yang berminat, Isuzu D-Max Double Cab 1.9-liter 4×2 ditawarkan pada harga bermula RM92,199. Ia didatangkan dengan jaminan lima-tahun atau 150,000 km untuk kesenangan pelanggan.

Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah dengan jarak 78 cm dari tanah.
Ini bermakna varian baharu ini, 5% lebih rendah berbanding model High Ride biasa dengan muatan beban.

Selain urusan muat naik dan pemunggahan barangan yang lebih senang, capaian di bahagian bukaan ruangnya juga lebih baik, memudahkan petugas untuk mengambil barang dari ruang kargo yang luas dan mampu menampung beban seberat 930 kg.
Menjengah luarannya, ia tampil ringkas namun rekaannya tetap menawan.Ini kerana bampar depannya kelihatan bergaya disebabkan penyudah warna badan Splash White supaya ia tampil dengan imej kontemporari.


Antara kelengkapan lain ialah, ia hadir dengan lampu kabus yang juga lampu nyalaan siang, lampu utama halogen bersama fungsi Follow-Me-Home selain rim aloi 16-inci dengan saiz tayar 215/70 R16.
Untuk kemudahan, cermin sisinya merupakan kendalian kuasa, sementara empat tingkapnya juga dikawal secara elektrik.
Sistem kunci sentral pula akan diaktifkan melalui kelajuan pergerakan, dengan butang override tersedia untuk dipilih oleh pemandu.

Menjengah bahagian kabinnya, kesemua kerusi dibaluti dengan material fabrik, sterengnya boleh dilaraskan, panel instrumen pula terdiri daripada paparan maklumat meter dengan skrin multi-info 3.5-inci.
Terdapat juga pemain audio DIN tunggal yang mampu memainkan beberapa jenis codec muzik melalui USB dan mempunyai soket 12-volt.
Bagi memastikan keselamatan pemandu, penumpang serta barangan yang dibawa, Isuzu telah membangunkan D-Max generasi ketiga ini dengan piawaian keselamatan yang ketat.
D-Max Low Ride baharu ini dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif dan pasif yang telah menyumbang terhadap penarafan lima-bintang bagi ASEAN NCAP.

Selain itu, trak pikap ini juga menampilkan ciri keselamatan seperti sistem brek anti-kunci (ABS), agihan daya brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA), kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem kawalan cengkaman (TCS), bantuan mula mendaki (HSA) serta kawalan menuruni bukit (HDC) .
Menyentuh mengenai kuasanya, ia dikuasakan oleh nadi 1.9 liter RZ4E- TC yang menghasilkan 150PS dan 350Nm tork dari 1,800 rpm-2,600 rpm dan digandingkan bersama kotak gear manual enam-kelajuan.
Terdahulu, Cabaran Dura Miles yang dilakukan membuktikan kecekapannya: dua buah D-Max Double Cab dengan enjin 1.9 liter yang sama mampu mengharungi perjalanan sejauh 2,004 km dengan hanya satu tangki bahan api sahaja.
Untuk keterangan lanjut, layari https://pickuptruck.isuzu.net.my/d-max-low-ride/
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kebangkitan Isuzu D-MAX 2.2L Baharu: Penguasaan Pasaran Melonjak
Sentuhan Enjin 2.2L Baharu, Penangan Isuzu D-MAX Gegarkan Pasaran Tempatan.
04-08-2026
Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka
Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.
22-04-2026
Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial
Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
03-02-2026
Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan
Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.
29-07-2025
Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM
Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).
02-05-2025
Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?
Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.
21-04-2025
Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20
Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025.
14-01-2025
Isuzu D-Max Jimat Minyak, Boleh Jalan Sejauh 2,000KM, Hanya 1 Tangki, Tak Sia-Sia Kalau Beli
Kejayaan Isuzu D-Max itu turut dicatat dalam Malaysian Book of Records bagi “Trak Pikap Yang Paling Jauh Dipandu Dengan Satu Tangki Bahan Api”.
10-10-2024
Berita Terkini
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
