ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Isuzu memperkenalkan trak pikap Isuzu D-Max Double Cab 1.9-liter 4×2 Manual Low Ride yang baharu.

Isuzu D-Max Low Ride 4x2 baharu inimenampilkan fungsi dan kecekapan sebagai keutamaannya, sekaligus menjadi sebuah trak pikap mampu milik dalam pasaran pada ketika ini.

Bagi yang berminat, Isuzu D-Max Double Cab 1.9-liter 4×2 ditawarkan pada harga bermula RM92,199. Ia  didatangkan dengan jaminan lima-tahun atau 150,000 km untuk kesenangan pelanggan.

image.png

Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah dengan jarak 78 cm dari tanah.

Ini bermakna varian baharu ini, 5% lebih rendah berbanding model High Ride biasa dengan muatan beban.

image.png

Selain urusan muat naik dan pemunggahan barangan yang lebih senang, capaian di bahagian bukaan ruangnya juga lebih baik, memudahkan petugas untuk mengambil barang dari ruang kargo yang luas dan mampu menampung beban seberat 930 kg.

Menjengah luarannya, ia tampil ringkas namun rekaannya tetap menawan.Ini kerana bampar depannya kelihatan bergaya disebabkan penyudah warna badan Splash White  supaya ia tampil dengan imej kontemporari.

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain ialah, ia hadir dengan  lampu kabus yang juga lampu nyalaan siang, lampu utama halogen bersama fungsi Follow-Me-Home selain rim aloi 16-inci dengan saiz tayar 215/70 R16.

Untuk kemudahan, cermin sisinya merupakan kendalian kuasa, sementara empat tingkapnya juga dikawal secara elektrik. 

Sistem kunci sentral pula akan diaktifkan melalui kelajuan pergerakan, dengan butang override tersedia untuk dipilih oleh pemandu.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, kesemua kerusi dibaluti dengan material  fabrik, sterengnya boleh dilaraskan, panel instrumen pula terdiri daripada paparan maklumat meter dengan skrin multi-info 3.5-inci.

Terdapat juga pemain audio DIN tunggal yang  mampu memainkan beberapa jenis codec muzik melalui USB dan mempunyai soket 12-volt.

Bagi memastikan keselamatan pemandu, penumpang serta barangan yang dibawa, Isuzu telah membangunkan D-Max generasi ketiga ini dengan piawaian keselamatan yang ketat.

D-Max Low Ride baharu ini dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif dan pasif yang telah menyumbang terhadap penarafan lima-bintang bagi ASEAN NCAP.

image.png

Selain itu, trak pikap ini juga menampilkan ciri keselamatan seperti sistem brek anti-kunci (ABS), agihan daya brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA), kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem kawalan cengkaman (TCS), bantuan mula mendaki (HSA) serta kawalan menuruni bukit (HDC) .

Menyentuh mengenai kuasanya, ia dikuasakan oleh nadi 1.9 liter RZ4E- TC yang menghasilkan 150PS dan 350Nm tork dari 1,800 rpm-2,600 rpm dan digandingkan bersama kotak gear manual enam-kelajuan.

Terdahulu, Cabaran Dura Miles yang dilakukan membuktikan kecekapannya: dua buah D-Max Double Cab dengan enjin 1.9 liter yang sama mampu mengharungi perjalanan sejauh 2,004 km dengan hanya satu tangki bahan api sahaja.


Untuk keterangan lanjut, layari https://pickuptruck.isuzu.net.my/d-max-low-ride/

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF6081

SELANGOR

BSR5144

JOHOR

J9999J*

PULAU PINANG

PSD6847

PERAK

APJ7414

PAHANG

CFH1307

KEDAH

KGG9647

NEGERI SEMBILAN

NEK8743

KOTA KINABALU

SJS9915

KUCHING

QAB1767P

Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka

Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.

22-04-2026
Berita Auto

Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial

Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

03-02-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan

Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.

29-07-2025
EV

Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).

02-05-2025
Berita Auto

Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?

Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.

21-04-2025
Kereta Baru

Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20

Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025.

14-01-2025
Berita Auto

Isuzu D-Max Jimat Minyak, Boleh Jalan Sejauh 2,000KM, Hanya 1 Tangki, Tak Sia-Sia Kalau Beli

Kejayaan Isuzu D-Max itu turut dicatat dalam Malaysian Book of Records bagi “Trak Pikap Yang Paling Jauh Dipandu Dengan Satu Tangki Bahan Api”.

10-10-2024
Berita Auto

Konvoi Merdeka Isuzu 2024: Lebih 3,000 Pemilik Isuzu D-Max Serta

Para pemilik Isuzu D-Max tidak melepaskan menyertai Konvoi Merdeka Isuzu 2024 sempena meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67, baru-baru ini.

06-09-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.