Isu Kelewatan Aerotrain KLIA Tiada ‘Kena Mengena’ Dengan MOT

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook
Kementerian Pengangkutan tiada kaitan dengan projek penggantian Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jelas menterinya, Anthony Loke.
Tambahnya lagi, projek penggantian Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah di bawah tanggungjawab Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perkembangan projek itu serta secara terbuka mengkritik MAHB atas kelewatan yang berlaku.
"Aerotrain itu memang ada kelewatan. Tapi Aerotrain pun bukan satu projek di bawah Kementerian Pengangkutan. Aerotrain itu projek di bawah MAHB. Saya pun tak puas hati dengan Aerotrain. Saya pun secara terbuka kritik MAHB," katanya.
Kementerian Hanya Memantau, MAHB Urus Dana & Kontrak

Projek tersebut yang dianggarkan bernilai lebih RM700 juta, akan beroperasi selama 24 jam sehari sebaik siap (Foto: Bernama)
Menurut Loke, pihaknya telah diberikan taklimat mengenai perkembangan projek Aerotrain dan sedang memantau isu tersebut menerusi sebuah jawatankuasa kerja khas.
Beliau turut menjelaskan bahawa semua aspek berkaitan dana serta kontrak projek ini berada di bawah bidang kuasa MAHB.
"Dana ataupun kontrak yang dianugerahkan itu adalah di bawah pengurusan MAHB. Dan sepatutnya yang mengambil tanggungjawab ialah Lembaga Pengarah MAHB," jelasnya lagi.
PAC Berkemungkinan Panggil Menteri Pengangkutan
-full_normal.jpg)
Baru-baru ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dilaporkan tidak menolak kemungkinan akan memanggil Anthony Loke bagi memberi keterangan berhubung kelewatan pemasangan Aerotrain.
Pada asalnya, projek penggantian Aerotrain di KLIA dijadualkan siap pada 31 Mac 2025. Namun, MAHB kemudiannya mengumumkan bahawa projek tersebut mungkin dapat diselesaikan lebih awal, iaitu pada 31 Januari 2025.
Perkhidmatan Dijangka Kembali Beroperasi Suku Kedua 2025
Walaupun terdapat sasaran untuk menyiapkan projek lebih awal, MAHB pada Januari lalu menyatakan bahawa perkhidmatan Aerotrain hanya dijangka kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun 2025. Ini selepas hampir dua tahun ia dihentikan sepenuhnya.
Baca: Aerotrain Tidak Boleh Beroperasi, Ada Sebabnya...
Setakat ini, masih tiada tarikh rasmi yang disahkan bagi penyambungan semula operasi Aerotrain di KLIA.

Baca: Anthony Akan Dipanggil Beri Keterangan Kelewatan Aerotrain & Harga Tiket Penerbangan Tinggi
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri
Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.
23-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan
T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95
15-05-2026
KLIA Kini Dilengkapi Green Lane Untuk Penumpang Antarabangsa, Apa Itu Green Lane?
KLIA melancarkan sistem Green Lane untuk penumpang antarabangsa.
26-01-2026
PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana
PRASARANA mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.
07-01-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge