Jaecoo J7 Terbakar, Ini Puncanya

Beberapa gambar Jaecoo J7 yang terbakar tular di media sosial pada minggu lepas dan punca kejadian disebabkan pemasangan kamera pemuka (dashcam) secara tidak betul oleh sebuah bengkel pihak ketiga.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Sarawak.
Menurut kenyataan dalaman yang diserahkan kepada pengedar Jaecoo menyatakan, pihak Jaecoo mengambil maklum kejadian kebakaran terpencil itu yang membabitkan sebuah SUV J7 terbakar di sebuah lot parkir di Sarawak.
“Kami juga boleh mengesahkan bahawa kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan, kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda lain,” katanya.

Dalam pada itu, Jaecoo mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak atas tindakan awal mereka yang cepat.
“Kami menasihatkan pelanggan bahawa demi keselamatan, elak daripada melakukan pengubahsuaian di pusat servis yang tidak bertauliah yang boleh membatalkan jaminan kenderaan Jaecoo anda.
“Pastikan semua kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan oleh pusat servis Jaecoo yang dibenarkan sahaja,” jelasnya.
Sementara itu, beberapa gambar yang tersebar itu menunjukkan cermin hadapan kereta itu meletup sehinggakan menampakkan kerangka papan pemuka.


Bagaimanapun, setakat ini, Jaecoo Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kepada pihak media.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat