Proton Saga Buatan Mesir Dilancar, Semakin Laku Di Luar Negara
-full_normal.jpg)
Divisyen jualan antarabangsa PROTON (ISD) melancarkan secara rasminya Proton Saga yang dipasang di Mesir, baru-baru ini.
Model ikonik itu dibuat di luar negara selepas Proton memeterai kerjasama bersama pengedar tempatan Kumpulan Ezz Elarab.

Komitmen ini telah direalisasikan hanya tiga bulan selepas majlis perasmian rasmi kilang CKD Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan November tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr Li Chunrong berkata, kedudukan strategik Mesir di antara wilayah Timur Tengah dan Afrika serta populasinya, memberikan peluang pertumbuhan yang luar biasa bagi PROTON.
“Lagipun pada tahun lepas, jumlah jualan eksport PROTON telah mengalami penambahan sebanyak 31.1%, dan Mesir memainkan peranan penting untuk mencapai keputusan ini.

“Jadi, PROTON telah mengukuhkan komitmen kami untuk menjadikan eksport sebagai tonggak utama selain berharap untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dengan rakan kongsi kami di Mesir,” katanya.
Bagi pasaran Mesir, tumpuan PROTON adalah pada Proton Saga tetapi syarikat akan menerokai peluang untuk melancarkan produk lain, termasuk SUV dan NEV apabila peluang diberikan oleh keadaan pasaran.
Majlis pelancaran telah diadakan di kilang CKD ESAF di Kaherah dan dihadiri oleh pegawai kerajaan, peneraju industri, serta wakil dari PROTON dan ESAF.
Para wakil menyaksikan sendiri barisan pengeluaran dan proses pembuatan bersepadu yang memastikan model ikonik PROTON, Proton Saga, memenuhi piawaian global tertinggi.
Kilang CKD ESAF telah dibina dengan pelaburan sebanyak USD50 juta dan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 40,000 kenderaan (dua syif).
Ia juga menandakan komitmen Mesir terhadap pembangunan industri dengan menggunakan kemudahan komponen sumber tempatan dan rancangan untuk pengembangan masa depan, termasuk pengeluaran EV, sejajar dengan Wawasan 2030 Mesir.
Pengurus Besar Proton Egypt, Bassem Ashmawy berkata selama 20 tahun, kerjasama antara PROTON dan Ezz Elarab Automotive telah berjaya menjual lebih 18,000 kenderaan di pasaran Mesir.
“Kejayaan ini telah membuktikan kecekapan dan kebolehpercayaan model Proton untuk menjadikannya pilihan utama pembeli.
“Kami kekal komited untuk memberikan tahap keselamatan, keselesaan dan teknologi moden yang tertinggi dalam kenderaan dan tidak sabar untuk melihat Proton Saga baharu di jalan raya Mesir kerana ia meneruskan legasi kejayaan Proton di negara ini.” katanya.

Setelah sejarah pengeluaran berterusan selama hampir 40 tahun, Proton Saga merupakan kereta Malaysia pertama yang dikeluarkan oleh PROTON. Jumlah jualannya telah melepasi 2 juta unit pada tahun lepas dimana jualan eksport juga meningkat sebanyak 34% kepada 2,906 unit pada tahun 2024.
Di pasaran dalam negara, Saga juga mengekalkan kedudukannya sebagai model Proton terunggul, dimana kemampuannya telah terbukti berulang kali dan kini ia terus mengembangkan kehadirannya di pentas global.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!
PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.
25-06-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat