S09 Didedah Sebagai SUV Flagship Pertama Deepal

Buat julung kalinya, SUV terbaharu dan terbesar, Deepal S09 didedahkan kepada umum di China, baru-baru ini.
Sebagai model SUV flagship pertama jenama itu, S09 baharu menampilkan susun atur enam tempat duduk yang dikuasakan oleh rangkaian kuasa EV (REEV).


Melihat luarannya, S09 kelihatan agak berbeza daripada Deepal S05 dan S07, kerana model flagship ini menggunakan reka bentuk SUV jenis berkotak.
Model ini juga didatangkan denga lampu nyalaan siang hari jenis LED, lampu depan nampak sama dengan S07, lampu belakang jenis lebar, pemegang pintu tersembunyi dan diberi pilihan untuk memilih rim roda 20 inci atau 21 inci.
Dari segi dimensi, S09 berukuruan 5,205 mm (panjang), 1,996 mm (lebar), 1,800 mm tinggi manakala jarak roda pula 3,105 mm.

Ini membuatkan S09 sebenarnya antara SUV elektrik yang sama besar dengan Kia EV9 dan Volvo EX90.
Buat masa ini tiada gambar yang didedahkan namun berdasarkan gambar-gambar teaser yang didedahkan di media sosal menunjukkan, kabinnya cukup luas dan serba lengkap.


SUV yang menawarkan tiga barisan tempat duduk ini hadir dengan skrin infotainmen yang besar, ada dua kerusi kapten, ada peti sejuk mini dan banyak lagi.


Buat masa ini, butiran mengenai trenkuasanya masih belum didedahkan namun ,CarNewsChina melaporkan bahawa SUV Flagship itu akan ditawarkan sepenuhnya dalam versi REEV.
REEV yang dimaksudkan adalah ia hadir dalam bentuk teknologi Super Range Extension 2.0 dimana ia menggunakan enjin petrol hibrid turbo 1.5 liter serta dipadankan dengan satu atau dua motor elektrik.
Ini membuatkan ia boleh menghasilkan kuasa setakat 310 HP (231 kW) dan 485 (362 kW).

Malah, masa pecutannya juga tidak didedahkan tetapi CarNewsChina mendakwa kelajuan tertinggi adalah 205 km/j
Apapun, Deepal S09 serba baharu dijangka membuat penampilan sulungnya di pasaran China pada suku pertama tahun ini dengan harga bermula dari 350,000 yuan (RM216,145).
Sehingga kini, tiada maklumat yang mengatakan sama ada SUV Flagship ini akan tersedia di pasaran luar negara.

Terdahulu, Deepal ada membuat penampilan sulungnya di Malaysia, apabila Bermaz Changan mendedahkan SUV Deepal S07 elektrik di pasaran tempatan.
Sekiranya Changan memutuskan untuk mengeksport S09 ke pasaran luar negara, maka ada kemungkinan Malaysia akan tersenarai untuk menerima S09.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pratonton SUV EV Deepal S07 – Tiba Suku Kedua 2025, Ancaman Terhadap Model Y?
Kehadiran jenama baharu ke negara kita masih belum terhenti, satu lagi jenama automotif China, Changan, bakal tiba di Malaysia.
24-01-2025
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat