Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur
-full_normal.jpg)
Sime Darby Auto Connexion-Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal Ford di Malaysia memperluaskan rangkaian pengedarannya di Sabah dan Sarawak.
Langkah itu diambil demi menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya yang semakin meningkat di MalaysiaTimur.
Pengarah Urusan, Auto ConneXion, Turse Zuhair berkata, Malaysia Timur terus menjadi pasaran pertumbuhan utama kerana menerima permintaan kukuh dan konsisten pada tahun lepas.
-full_normal.jpg)
“Untuk itu, kami terus menambah baik perkhidmatan dan titik capaian pelanggan bagi memenuhi permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat.
“Perluasan rangkaian ini mencerminkan komitmen kami untuk menghasilkan pengalaman pelanggan bertaraf dunia selain meningkatkan taraf perkhidmatan dengan menyediakan produk dan perkhidmatan automotif berkualiti di Malaysia Timur,” katanya.
Dengan adanya dua kemudahan baharu yang menawarkan khidmat servis di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan di Kapit dan Mukah, terdapat 11 pengedar yang bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Sabah dan Sarawak.
Buat masa ini, rangkaian pengedar di Sarawak merangkumi Kuching (SDAC), Sibu (Ngu Brothers), Miri (ALV Brothers), Bintulu (Ngu Brothers), Kota Samarahan (Jimisar Motors) dan dua pusat servis khusus di Kapit dan Mukah.
-full_normal.jpg)
Di Sabah pula, terdapat dua pengedar di Kota Kinabalu (Boston Auto and Rightpower Corporation), serta di Sandakan (Boston Auto) dan Tawau (TB Automotive)
Rangkaian pengedar komprehensif dan pusat servis khusus di Malaysia Timur ini membolehkan para pelanggan Ford di dalam dan luar bandar mendapatkan perkhidmatan yang mudah dan boleh dipercayai.
Sehubungan itu, para pelanggan dijemput untuk mengunjungi pusat pengedar baharu ini dan berpeluang melihat pelbagai tawaran terbaharu Ford, termasuk penjimatan sehingga RM8,000 atau Pelan Servis Ford Blue Oval selama 5 Tahun serta penjimatan sehingga RM2,000,
Anda juga tidak terkecuali mendapatkan Alat Ganti Tulen Ford Motorcraft yang berkualiti untuk prestasi kenderaan optimum.
Untuk keterangan lanjut, layari https://ford.simemotors.my/.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?
Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
15-05-2024
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4
Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
19-04-2024
SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.
18-03-2024
PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas
SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.
12-03-2024
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways
SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.
26-02-2024
Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang
Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 di J Borneo Native Village, Penampang, Sabah baru-baru ini.
06-12-2023
Ford Ranger Platinum: Mewah Luar, Dalam
Berminat untuk membeli Ford Ranger Platinum, baca artikel ini.
18-11-2023
Malaysia Pasaran Pertama Terima Ford Ranger Platinum
Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion secara rasminya memperkenalkan dua model Ford bahar ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
03-11-2023
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

