Tesla Supercharger Kini Di The Gardens Mall – Hanya RM1.13/kWj

Tesla terus mengukuhkan rangkaian pengecasan elektriknya di Malaysia dengan pelancaran stesen Supercharger terbaru di The Gardens Mall yang kini beroperasi secara rasmi. Fasiliti yang terletak di Kuala Lumpur ini menawarkan kemudahan pengecasan pantas kepada pemilik kenderaan Tesla.
Kemudahan Pengecasan Berteknologi Tinggi

Stesen ini dilengkapi dengan empat unit pengecas pantas Supercharger V4 serta satu unit pengecas AC, Destination Charger.
Supercharger V4 yang diperkenalkan ini hadir dengan kabel pengecasan lebih panjang berbanding model V3 sebelum ini, menjadikannya lebih mesra pengguna. Namun kapasiti pengecasan maksimumnya kekal sama, iaitu 250 kW.
Kadar Pengecasan dan Caj Penalti

Tesla mengekalkan kadar pengecasan yang kompetitif pada harga RM1.13/kWj, menjadikannya antara kadar DC yang terendah di pasaran. Sementara itu, penggunaan Destination Charger kekal percuma.
Bagi memastikan kelancaran penggunaan dan mengelakkan kesesakan, caj penalti sebanyak RM4 seminit akan dikenakan kepada kenderaan yang masih berada di stesen selepas pengecasan selesai ketika semua unit pengecas sedang digunakan.
Sistem ‘Plug and Charge’ untuk Kemudahan Pengguna

Salah satu kelebihan utama Tesla adalah sistem "Plug and Charge", yang membolehkan pengecasan dilakukan secara automatik tanpa memerlukan kad akses atau proses pendaftaran tambahan.
Selain itu, aplikasi Tesla membolehkan pengguna menyemak ketersediaan pengecas, mendapatkan navigasi ke lokasi stesen, memantau status pengecasan secara langsung, serta membuat pembayaran secara automatik.
Rangkaian Pengecasan Tesla di Malaysia

Dengan pembukaan stesen baharu ini, Tesla Malaysia kini mengendalikan sejumlah 14 stesen Supercharger dengan 64 unit pengecas serta 15 stesen Destination Charger yang terdiri daripada 70 unit pengecas di seluruh negara.
Buat masa ini, semua Supercharger masih eksklusif untuk kenderaan Tesla. Namun, di bawah garis panduan program BEV Global Leaders oleh kerajaan Malaysia, Tesla diwajibkan untuk membuka 30% daripada 50 Supercharger pertamanya kepada EV bukan Tesla menjelang suku kedua 2026.
Baca: Tesla Model Y 'Juniper' Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM195,450, Penghantaran Mula April
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

