Thaipusam: KTM & Bas Percuma, Feri 24 Jam, Ini Apa Anda Perlu Tahu

Pengguna KTM Komuter Lembah Klang dapat menikmati perkhidmatan tren secara percuma selama dua hari bermula 10 Februari ini sempena sambutan Thaipusam.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan inisiatif tersebut untuk memudahkan perjalanan penganut Hindu, pelancong, serta orang awam yang ingin menyaksikan perayaan ini di Batu Caves.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tambang percuma ini boleh dinikmati menerusi sistem imbasan keluar automatik (ACG) di stesen KTM. Selain itu, KTMB juga akan beroperasi selama 24 jam selama empat hari berturut-turut bermula Ahad.
Ketibaan Tren Setiap 30 Minit
Untuk memenuhi permintaan yang tinggi, laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim – Pelabuhan Klang akan dikendalikan mengikut jadual khas sepanjang tempoh sambutan. Loke menjangkakan hampir 500,000 pengguna akan memanfaatkan perkhidmatan ini, peningkatan sekitar 10% berbanding tahun lalu, dengan perjalanan tertinggi dijangka pada 11 Februari.
- 33 perkhidmatan bagi laluan Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves
- 45 perkhidmatan bagi laluan Batu Caves – Pelabuhan Klang – Batu Caves
- 28 perkhidmatan bagi laluan KL Sentral – Batu Caves – KL Sentral
- 6 perkhidmatan bagi laluan Batu Caves – Bangi – Batu Caves
- 3 perkhidmatan masing-masing bagi laluan Batu Caves – Sentul dan Batu Caves – Subang Jaya
"Perkhidmatan tren tambahan akan bermula selepas tren terakhir pada setiap hari, dengan waktu perkhidmatan seawal 9.55 malam bagi laluan dari Stesen Pulau Sebang ke Batu Caves dan seawal 9.30 malam bagi tren dari Stesen Pelabuhan Klang ke Batu Caves," jelas Loke.
Sementara itu, pengguna dari KL Sentral bakal menikmati perkhidmatan lebih kerap bermula jam 11 pagi, dengan ketibaan tren setiap 30 minit, berbanding sejam sekali pada hari biasa.
Bas Percuma
Selain KTMB, RapidKL dan RapidPenang turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle) percuma pada 10 dan 11 Februari bagi melancarkan pergerakan ke lokasi sambutan.

RapidKL menyediakan 30 bas dengan laluan berikut:
- Hab Bandar Pasar Seni → Batu Caves
- LRT Gombak → Batu Caves
- MRT Kampung Batu → Batu Caves
Bas ini akan beroperasi setiap 10 minit bagi memastikan kelancaran perjalanan.
Untuk memudahkan pergerakan di luar Lembah Klang, pengendali BAS.MY turut menyediakan perkhidmatan bas percuma di Johor Bahru, Seremban dan Ipoh bagi membawa penganut Hindu ke kuil-kuil yang menjadi lokasi perayaan pada 11 Februari.
Perkhidmatan Feri 24 Jam

Selain itu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd akan menawarkan perkhidmatan feri percuma selama 24 jam pada 10 dan 11 Februari, dengan lanjutan perkhidmatan hingga 2:30 pagi pada 12 Februari.
RapidPenang bakal menyediakan 12 bas yang akan berulang-alik dari jeti feri ke Adventist dengan kekerapan antara 20 hingga 60 minit.
Baca: Anthony Akan Dipanggil Beri Keterangan Kelewatan Aerotrain & Harga Tiket Penerbangan Tinggi
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge