ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

BIMS 2025: Hyundai Ioniq 5 N Line Facelift Didedah, Hanya 1 Varian, Lepas Ini Masuk M'sia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hyundai juga turut mengambil kesempatan untuk melancarkan Hyundai Ioniq 5 versi facelift pada Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025), baru-baru ini,

Untuk pasaran Thailand, crossover elektrik ini cuma hadir dalam satu varian iaitu varian N Line yang mana ia menampilkan pelbagai menampilkan komponen dan elemen kosmetik khas N Line.

image.pngimage.png

Menjengah luarannya, ia didatangkan dengan bampar hadapan yang direka semula dengan saluran udara lebih besar manakala reka bentuk bampar belakang juga serba baharu. Selain itu,  spoiler belakang juga kelihatan  lebih besar.

Apa yang membezakan Ioniq 5 facelift daripada model sebelumnya ialah N Line hadir dengan  bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty, ada skirt sisi, tertera perkataan N Line, serta rim aloi 20 inci khas N Line.

image.pngimage.png

Sentuhan N Line turut diterapkan pada bahagian dalaman, di mana Ioniq 5 spesifikasi Thailand ini dilengkapi dengan stereng N Line yang menyerupai model Ioniq 5 N, tempat duduk hadapan dibaluti dengan material Alcantara dengan logo  N.

image.png

Menurut laman web rasmi Hyundai Thailand, Ioniq 5 N Line dikuasakan oleh motor elektrik pacu roda belakang (RWD) dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat  225 hp dan tork 350 Nm.

Ini membolehkannya ia mencapai pecutan dari  0-100 km/j dalam 7.2 saat, manakala kelajuan maksimum pula 185 km/j.

Motor elektrik yang menerima  tenaga daripada pek bateri lithium-ion 84 kWh, membolehkan ia menawarkan  jarak pemanduan sehingga 530 km berdasarkan standard WLTP.

Dari segi pengecasan, Ioniq 5 N Line facelift menyokong pengecasan AC sehingga 10.5 kW, manakala pengecasan DC pula hadir dengan  350 kW.

image.png

Difahamkan, baterinya boleh dicas dari 10% ke 80% hanya dalam hanya 18 minit.

Di Thailand, Hyundai Ioniq 5 N Line facelift dijual pada harga 1.988 juta bhat (RM259,961). 

Sebagai perbandingan, Ioniq 5 pra-facelift di Malaysia kini ditawarkan pada harga RM207,458 untuk varian  Lite, manakala varian tertinggi Max dijual pada harga RM270,058.

Buat masa ini, Hyundai Malaysia masih belum mengumumkan sebarang rancangan untuk membawa masuk Ioniq 5 facelift ke pasaran tempatan. 

image.png

Model Hyundai terakhir yang dipratonton di Malaysia ialah Ioniq 5 N yang berprestasi tinggi, dan berkemungkinan akan memasuki pasaran lebih awal berbanding versi facelift standardnya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

13-01-2025
EV

16-12-2024
Teknologi

10-10-2024
EV

06-09-2024
EV

22-07-2024
EV

18-07-2024
EV

25-06-2024

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.