Denza D9 Laku Keras: 200 Unit Pertama Sudah Dihantar Kepada Pelanggan

Sub-jenama premium BYD, Denza menyerahkan 200 unit pertama Denza D9 kepada pembeli terawal dalam satu acara khas ‘DENZA and BYD Electrifying Experience’ yang diadakan di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagaimanapun, hanya 55 unit sahaja yang diserahkan dalam acara itu manakala selebihnya dihantar secara serentak di semua pengedar sah Denza.

Difahamkan, sejak dilancarkan pada bulan lepas, Denza D9 berjaya menawan hati rakyat Malaysia apabila 800 unit terjual dalam minggu pertama selepas majlis pelancaran D9.
Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao menyifatkan penyerahan 200 unit pertama Denza D9 itu menandakan satu peristiwa penting.

“Ia sebenarnya mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk mobiliti elektrik premium,” katanya.


Denza D9 didatangkan dalam dua varian Advance FWD (RM259,000) manakala varian Premium AWD pula berharga (RM309,000).

Kedua-dua varian Denza D9 disumbat dengan dengan bateri yang sama, iaitu 103.3kWh jenis BYD Blade LFP. Ia juga didatangkan secara standard dengan pengecasan AC 3-fasa 11kW dan menyokong kelajuan pengecasan DC sehingga 166kW.
Melihat luarannya, ia kelihatan sedikit sama dengan Toyota Alphard namun Denza D9 sebenarnya lebih lebar daripada Alphard.


Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan infotainmen bersaiz 15.6 inci, kluster instrumen 3D, ada pengecas wayarles, 14 speaker Dynaudio, meja jenis lipat, kesemua kerusi dibaluti dengan kulit Nappa, didatangkan dengan kerusi kapten dengan fungsi urut, 4 ISOFIX dan banyak lagi.
Sepanjang acara ‘DENZA and BYD Electrifying Experience’, pengunjung berpeluang melihat dan merasai sendiri DENZA D9.
Malah, pelanggan yang membeli MPV ini sebelum 16 Mac di mana-mana pusat jualan DENZA Malaysia akan menerima hadiah istimewa, termasuk pemasangan pengecas dinding percuma serta pakej penyelenggaraan selama enam tahun.
Untuk keterangan lanjut mengenai DENZA D9, KLIK!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MPV Mewah No.1 Di Malaysia: Harga Denza D9 Tetap Kekal!
DENZA Malaysia mengesahkan bahawa harga DENZA D9 akan dikekalkan walaupun pengecualian cukai EV kerajaan ditarik balik pada tahun ini.
23-01-2026
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
Denza D9 Dilancar: Ada 2 Varian: Harga Serendah RM259K
Denza D9 didatangkan dalam dua varian.
20-02-2025
Dilancar: Negara Sebelah Dah Dapat Denza D9, Malaysia Dapat Tahun Depan
Sub-jenama mewah BYD, MPV elektrik, Denza D9 secara rasminya sudah dilancarkan di pasaran Thailand, pada minggu lepas.
04-11-2024
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Harga Denza D9 2026 Naik, Ada Sebabnya!
Gara-gara pengecualian cukai kenderaan elektrik (EV) dijadualkan berakhir pada 2026, harga Denza D9 dijangka mengalami pelarasan sekitar 15%.
27-01-2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

