- Berita
- Berita Auto
- Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula
Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula

Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan pertama model Jaecoo J7 PHEV kini telah tiba di pusat jualan dan bilik pameran di seluruh negara, menandakan model yang baru dilancarkan ini bakal diserahkan kepada pelanggan tidak lama lagi.
Komitmen Jaecoo Malaysia terhadap Pelanggan


Dengan ketibaan model ini di bilik pameran, Jaecoo Malaysia memenuhi janjinya untuk memulakan penghantaran J7 PHEV dalam suku pertama (Q1) tahun ini.
"Ketibaan kumpulan pertama Jaecoo J7 PHEV di pusat jualan seluruh negara adalah pencapaian penting bagi Jaecoo Malaysia dan menunjukkan komitmen kami kepada pelanggan," ujar Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek.
Jaecoo J7 PHEV di Malaysia



Untuk makluman, Jaecoo J7 PHEV dilancarkan secara rasmi kira-kira tiga minggu lalu dan merupakan varian ketiga dalam keluarga Jaecoo J7. Dua varian terdahulu, Jaecoo J7 2WD dan J7 AWD, telah diperkenalkan di pasaran Malaysia pada Julai tahun lalu.
Jaecoo J7 PHEV dikuasakan oleh Super Hybrid System (SHS), yang menggabungkan enjin hibrid khusus (DHE) 1.5L turbo, motor elektrik hadapan, pek bateri PHEV 18.3 kWj dan sistem transmisi hibrid khusus (DHT).
Sistem trenkuasa ini menghasilkan output 342 hp (255kW) dan 525 Nm, menjadikannya antara SUV PHEV paling berkuasa dalam segmennya. Namun, lebih menarik adalah kecekapan bahan apinya, di mana Jaecoo Malaysia mendakwa model ini mampu mencapai sehingga 1,300 km dengan satu tangki penuh dan cas bateri.
Pengalaman Dunia Sebenar

Keupayaan jarak perjalanan luar biasa ini bukan sekadar angka yang dicatatkan di atas kertas. Kami sendiri telah menguji Jaecoo J7 PHEV dalam pemanduan merentas negara di China, dan hasilnya memang membuktikan kecekapan sistem hibrid ini.
Model ini turut telah diuji di rantau ini, yang mana ia dibawa menempuhi jarak perjalanan yang jauh dari Singapura ke Hatyai, Thailand, melalui Malaysia dengan hanya satu tangki dan cas. Dalam perjalanan yang memakan masa selama tiga hari itu, J7 PHEV berjaya mencatatkan jarak keseluruhan 1,427.5 km, jauh melebihi jarak yang diiktiraf oleh WLTP iaitu sebanyak 1,200 km dengan tambahan lebih 200 km!
Baca: Jaecoo J7 PHEV Capai 1,427 KM Sekali Cas & Satu Tangki
Harga & Jaminan


Jaecoo J7 PHEV ditawarkan pada harga RM158,800, hanya RM10,000 lebih mahal berbanding varian Jaecoo J7 AWD versi standard.
Pakej pembelian turut disertakan dengan jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, jaminan 8 tahun atau 160,000 km untuk pek bateri PHEV, motor elektrik dan unit kawalan motor. Selain itu, sekiranya kecekapan bateri (SoH) jatuh bawah 70% dalam tempoh jaminan, pelanggan layak menerima pertukaran satu-ke-satu secara percuma.
Baca: Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800
![]()
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM4683
SELANGOR
BST2036
JOHOR
JD589J
PULAU PINANG
PSF532
PERAK
APK9278
PAHANG
CFH5328
KEDAH
KGH7083
NEGERI SEMBILAN
NEL5611
KOTA KINABALU
SJT6741
KUCHING
QAB4464P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat
Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.
27-01-2026
Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei
Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.
20-01-2026
Jaecoo J5 & J7 PHEV Jadi 'Kanvas Seni' Di LahLahLand 2025
Omoda | Jaecoo Malaysia mencuri perhatian umum di festival gaya hidup LahLahLand 2025 dengan pameran dua SUV gah, Jaecoo J5 dan J7 PHEV.
06-11-2025
Jaecoo J7 AWD Kini Dengan Pemijak Kaki 'Menyala' & Kotak Simpanan Ranggi Di Sisi
Omoda | Jaecoo Malaysia di bawah naungan Chery Auto Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan promosi istimewa bagi varian Jaecoo J7 AWD.
27-10-2025
Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan
Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.
20-06-2025
'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas
Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).
06-05-2025
Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800
Jaecoo Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan Jaecoo J7 PHEV.
28-02-2025
Berita Terkini
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
