ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jalan Berlubang: Perlu Tampal 24 Jam

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jalan rosak perlu ditampal dalam 24 jam! Itu kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurunya, berdasarkan penyelenggaraan aset di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), konsesi jalan Persekutuan yang dilantik perlu melakukan tampalan sementara dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, proses tampalan kekal seterusnya perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga hari.

"Perkara itu termaktub dalam deklarasi JKR melalui piagam pelanggan berhubung prosedur kerosakan jalan secara 'pothole' (lubang).

image.png

"Konsesi Jalan Persekutuan perlu membuat tampalan sementara dalam tempoh satu hari, manakala tampalan kekal perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga hari.

"Bagaimanapun, bagi kerja pembaikan berskala besar, permohonan peruntukan perlu dibuat terlebih dahulu secara tahunan dan berperingkat.

"Tempoh pembaikan pula mengambil masa antara sebulan hingga setahun, tertakluk kepada jenis dan kerumitan pembaikan serta kelulusan peruntukan yang diterima," katanya kepada BH

Pada Jumaat lalu, dua beradik lelaki maut selepas motosikal ditunggangi gagal dikawal akibat terlanggar lubang dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara.

Mangsa dikenal pasti sebagai Norhazim Kamaruzaman, 17, dan adiknya yang membonceng, Nur Alif Ikhwan, 16.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

27-11-2024
Berita Auto
Berita Auto

31-01-2024
Berita Auto

22-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.

26-08-2026
Berita Auto

Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.

26-08-2026
Berita Auto

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto

2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.

26-08-2026
Berita Auto

Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.

26-08-2026
Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.