Jualan Kenderaan Naik 24.8% Februari 2025 – Makin Ramai Beli xEV
![]()
Portal data terbuka rasmi kerajaan Malaysia, data.gov.my mendedahkan bahawa terdapat peningkatan jumlah pendaftaran kenderaan di Malaysia pada bulan Februari 2025. Sejumlah 67,327 unit kenderaan didaftarkan pada bulan tersebut atau peningkatan sebanyak 24.8% berbanding 53,930 unit pada Januari.
Kenderaan Petrol Kekal Popular, EV Terus Meningkat
Data tersebut menunjukkan bahawa kenderaan petrol kekal menguasai pasaran dengan lonjakan sebanyak 27.1% iaitu daripada 47,093 unit pada Januari kepada 59,868 unit pada Februari.
Pendaftaran kenderaan diesel, termasuk diesel hijau, meningkat sebanyak 10% iaitu daripada 2,897 unit kepada 3,187 unit.
Sementara itu, kenderaan hibrid petrol mencatat sedikit penurunan sebanyak 6.1%, daripada 2,249 unit kepada 2,112 unit.
Sebaliknya, kenderaan elektrik (EV) menunjukkan pertumbuhan ketara sebanyak 27.7%, peningkatan daripada 1,691 kepada 2,160 unit dalam tempoh dua bulan.
Perodua Bezza Catat Peningkatan Tertinggi

Dalam segmen petrol, Perodua Bezza direkodkan sebagai model paling laris, melonjak sebanyak 90.2% daripada 5,106 unit pada Januari kepada 9,712 unit pada Februari.

Model lain turut mencatatkan pertumbuhan jualan bagi bulan Februari, yang mana Perodua Myvi mencapai 7,126 unit (+59.6%), Perodua Axia 7,096 unit (stabil), Proton Saga 5,012 unit (+12.4%) dan Perodua Alza 3,801 unit (+18.3%).
Toyota Hilux Masih Terajui Segmen Diesel

Bagi kenderaan diesel, Toyota Hilux kekal mendominasi dengan 1,677 unit terjual pada Februari, meningkat 29.6% berbanding bulan sebelumnya. Ini diikuti oleh Isuzu D-Max sebanyak 488 unit (-2.6%), Mitsubishi Triton 279 unit (6%) dan Ford Ranger 231 unit (-36.5%).
EV Semakin Diminati Ramai, Proton e.MAS 7 Terlaris

Peningkatan ketara juga dapat dilihat dalam kategori EV, di mana Proton e.MAS 7 mencatatkan 580 unit pendaftaran, meningkat sebanyak 37.8% berbanding bulan Januari.
Model EV lain yang semakin laris di Malaysia sepanjang bulan lalu berbanding Januari ialah BYD Sealion sebanyak 387 unit (+156.3%) dan Tesla Model 3 yang terjual sebanyak 377 unit walaupun baru memasuki pasaran dalam bulan yang sama.
Beberapa model EV bagaimanapun kurang menerima sambutan dengan prestasi jualan yang lebih rendah berbanding Januari iaitu BYD M6 yang turun 11.8% dan XPeng G6 yang menurun sebanyak 8.6%.
Toyota Corolla Cross Kekal Raja Hibrid

Dalam segmen hibrid petrol, Toyota Corolla Cross terus mendahului, dengan jualan sebanyak 655 unit pada Februari, mengekalkan angka sama seperti bulan sebelumnya.
Dua model lain yang menunjukkan peningkatan jualan ialah Honda CR-V, pertambahan sebanyak 19.7% dan Honda HR-V dengan peningkatan 31%.,
Sementara itu, jualan Haval H6 pula merundum sebanyak 43.6% kepada hanya 194 unit, manakala Nissan Kicks menurun 23.1%.
Unjuran Pasaran 2025

Melihat ke hadapan, kenderaan berenjin petrol dijangka kekal sebagai pilihan utama pembeli, namun dalam masa yang sama, trend menunjukkan bahawa model EV dan hibrid semakin berjaya menarik perhatian orang ramai.

Namun, beberapa faktor boleh mempengaruhi pasaran:
- Tamatnya insentif cukai EV – Ini mungkin menyebabkan lonjakan jualan dalam jangka pendek sebelum insentif berakhir.
- Keraguan pelaburan EV pemasangan tempatan (CKD) – Pengeluar masih ragu-ragu untuk melabur dalam pemasangan tempatan tanpa polisi jangka panjang yang lebih jelas.
- Pengenalan duti eksais nilai pasaran terbuka (OMV) pada 2026 – Jika dilaksanakan, harga kenderaan CKD boleh meningkat 10-30%, mengurangkan jurang harga antara model CKD dan model import (CBU), secara tidak langsung menjadikan model CKD kurang menarik.
Tahun 2025 dijangka menjadi titik perubahan penting dalam landskap automotif Malaysia, dengan pasaran petrol, hibrid dan EV bersaing untuk menguasai jalan raya tempatan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge