ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Model Y Juniper 2025: Baru Dilancar Tapi Pra-Tempahan Sudah Cecah 200,000 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Walaupun Tesla berdepan dengan  seruan boikot selepas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk memberi sokongan terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan berjuta-juta rakyat Palestin, namun itu tidak menjejaskan jualan keretanya.

Sebaliknya, permintaan ke atas Model Y "Juniper" 2025 dilihat agak kukuh di China.

Menurut laman berita, CarNewsChina, prapesanan Model Y Juniper telah mencecah 200,000 unit sejak model yang diperbaharui itu dilancarkan pada Januari  tahun ini .

Malah, kakitangan jualan Tesla mendedahkan  bahawa bilik pameranTesla di Beijing sahaja memperoleh sekitar 100 pesanan pada setiap hari.

image.png

 Bagaimanapun, ini termasuk pra-tempahan awal dimana  "deposit boleh dikembalikan”” yang ditawarkan oleh Tesla China tetapi ia kini digantikan dengan dasar standard dimana  "deposit tidak boleh dikembalikan”.

Dalam minggu pertama selepas penghantaran bermula, lebih 6,000 unit Model Y versi diperbaharui telah pun diserahkan kepada pembeli di China.

 Barisan model yang dilancarkan menampilkan dua varian yang sama seperti di Malaysia – Rear-Wheel-Drive (RWD) dan Long-Range All-Wheel-Drive (AWD).

Namun, berbeza dengan Malaysia di mana "Launch Series" masih boleh didapati, namun di China, varian ini telah pundihentikan sejak 28 Februari lalu.

image.png

Difahamkan, tempoh menunggu semasa untuk masa Tesla Model Y adalah berbeza kerana ia bergantung kepada model yang ditempah.

Pengahantaran untuk versi pacuan roda belakang dianggarkan mengambil masa antara 2-4 minggu, manakala varian AWD mungkin mengambil masa antara 6-10 minggu.

Di sebalik permintaan kukuh terhadap Juniper, CarNewsChina  melaporkan bahawa Tesla sedang berusaha untuk melancarkan Cybertruck di China walaupun terdapat halangan peraturan. 

Secara amnya, trak pikap tidak popular di China tetapi Tesla percaya reka bentuk berani dan futuristik Cybertruck boleh menarik minat pengguna yang lebih muda dan menyemarakkan semula imej jenama itu di China.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6845

SELANGOR

BSU3764

JOHOR

JF6065J

PULAU PINANG

PSG3794

PERAK

APM1960

PAHANG

CFJ647

KEDAH

KGJ4457

NEGERI SEMBILAN

NEM2595

KOTA KINABALU

SJU5267

KUCHING

QAB7463P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-02-2026
Berita Auto

24-12-2025
Teknologi
Teknologi
EV

08-10-2025
EV

06-10-2025
EV

03-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.