ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Neta Bakal Terkubur? Krisis Kewangan Meruncing, Bubar Pasukan R&D

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_MA_CariCarz_Neta-X-launch_TRX-KL_-10.jpg


Pengeluar kenderaan dari China, Neta, nampaknya masih bergelut dengan masalah kewangan yang berlarutan sejak tahun lalu. Terbaru, laporan dari China mendedahkan bahawa Neta kini mengambil langkah drastik dengan membubarkan keseluruhan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat akibat tekanan kewangan yang semakin meruncing.


Ratusan Pekerja Diberhentikan dengan Pampasan N+1


Menurut laporan dari CarNewsChina dan Leiphone, tindakan ini melibatkan pemberian pakej pampasan N+1 kepada pekerja yang bersetuju menandatangani surat penamatan kontrak minggu ini. Setakat ini, kira-kira 200 kakitangan telah pun meletakkan jawatan, jumlah yang cukup besar daripada keseluruhan tenaga kerja Neta di China yang dianggarkan seramai 1,700 orang.


Info: "N" merujuk kepada jumlah tahun perkhidmatan pekerja di syarikat tersebut, manakala "+1" bermaksud tambahan satu bulan gaji sebagai pampasan.


Selain daripada penutupan bahagian R&D, syarikat ini juga dilaporkan telah melaksanakan pemotongan gaji yang drastik. Kakitangan yang masih bertahan kini menerima hanya 25% daripada gaji asal mereka sebelum Oktober 2023. Malah, ada yang hanya dibayar pada kadar gaji minimum Shanghai. Lebih membimbangkan, pekerja yang meninggalkan syarikat pada November 2023 juga masih belum menerima pampasan seperti yang dijanjikan.


Jualan Merosot Teruk, Kurang 400 Unit Terjual pada Februari


Caricarz-MBA-Neta-X-Launch-MAS2024-5.jpgWeb_CariCarz_Neta-V-Launched-82.jpg


Dari segi prestasi jualan, Neta sudah menunjukkan tanda-tanda kelemahan sejak tahun lalu. Pada Januari 2024, jualan syarikat ini menjunam sebanyak 98% berbanding tahun sebelumnya. Situasi semakin parah apabila angka jualan bagi Februari tahun ini kurang daripada 400 unit.


Baca: Pembeli Kecewa EV Neta Hanya 40 KM 1 Cas Penuh, Kurang 2 Tahun Guna


Pembekal Tuntut Bayaran, Ada yang Bermalam di Pejabat


Krisis kewangan yang dihadapi Neta bukan sahaja menjejaskan pekerjanya tetapi juga para pembekal. Beberapa laporan media mendedahkan bahawa sekumpulan pembekal telah berkumpul di ibu pejabat Neta Auto di Shanghai untuk menuntut bayaran tertunggak. Malah, ada di antara mereka sanggup bermalam di bangunan syarikat sebagai tanda protes.


Strategi CEO Terdahulu Punca Krisis


Neta-Auto-China-(5).jpg


Menurut sumber dalaman yang dipetik oleh CarNewsChina, salah satu faktor yang menyebabkan krisis ini adalah strategi bekas CEO Neta yang terlalu memberi tumpuan kepada saluran perniagaan B2B (Business-to-Business) sehingga mengabaikan aspek lain. Kini, pengasas jenama, Fang Yunzhou, telah kembali menerajui syarikat sebagai CEO dan berusaha untuk menyelamatkan keadaan dengan memberikan tumpuan kepada pasaran luar negara serta produk yang lebih menguntungkan.


Namun, cabaran terbesar Neta adalah beban hutang yang dianggarkan mencecah CNY 10 bilion (~RM6.123 bilion). Walaupun syarikat sedang berunding dengan sebuah dana asing bagi mendapatkan suntikan kewangan, masih belum jelas sama ada Neta mampu bangkit semula atau bakal menjadi satu lagi jenama automotif yang akan terkubur.

Baca: Neta X: Ada 3 Varian, Harga Bermula Dari RM119K

Baca: Neta Bakal Buang 400 Pekerja Di Thailand

Sumber: CarNewsChina, Leiphone

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT7468

SELANGOR

BSU3867

JOHOR

JF6365J

PULAU PINANG

PSG3972

PERAK

APM2142

PAHANG

CFJ874

KEDAH

KGJ4505

NEGERI SEMBILAN

NEM2670

KOTA KINABALU

SJU5337

KUCHING

QAB7486P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

12-01-2024
Kereta Baru

25-10-2023
EV

24-03-2023
Global

14-05-2025
Global

19-03-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.