Proton e.MAS 7 Terajui Jualan EV, Dengar Cerita Ramai Serbu Showroom Sebab Nak Tengok e.MAS 7!

Proton mengakui populariti Proton e.MAS 7 ketika ini sedang melonjak memandangkan ramai pembeli Kenderaan Elektrik (EV) membanjiri bilik pameran untuk melihat sendiri EV pertama daripada OEM Malaysia.
Proton dalam satu kenyataan berkata, lebih daripada 4,500 tempahan telah direkodkan, dengan bakal pelanggan yang ingin mengambil kesempatan daripada pakej tawaran awal.
"Sebanyak 580 unit Proton e.MAS 7 telah dihantar pada bulan Februari, sekali gus melepasi had 1,000 unit bagi jumlah keseluruhan penghantaran.


“Pencapaian itu membuktikan bahawa bilangan rakyat Malaysia yang bersedia untuk membuat peralihan kepada kenderaan elektrik dengan PROTON semakin meningkat, asalkan pakej yang ditawarkan secara keseluruhan memenuhi jangkaan mereka,” katanya.
Tambah kenyataan itu, selain daripada jualan domestik, Proton e.MAS 7 juga bersedia untuk mencipta pengaruh di pasaran eksport.
“Sebanyak 50 unit telah dieksport ke Nepal pada bulan Februari sebagai persiapan untuk pelancaran akan datang, sementara sejumlah kecil unit turut dihantar ke Singapura dan Trinidad & Tobago untuk tujuan evaluasi,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah berkata, ketibaan Proton e.MAS 7 di pasaran telah terbukti berjaya di peringkat awal.
“Cabaran kami kini adalah untuk memastikan ia terus menjadi tumpuan sambil merancang dengan agresif untuk pengenalan model-model kami yang lain pada akhir tahun ini,” kongsinya.

Proton e.MAS 7 dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Dis tahun lepas, ia merupakan kereta EV pertama negara dalam mengorak langkah ke arah kemampanan dan inovasi teknologi hijau.
Ditawarkan pada harga bermula RM109,800, Proton e.MAS 7 tampil dengan dua pilihan iaitu varian Prime (bermula RM109,800) dan versi tertinggi Premium (RM123,800).
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Proton e.MAS 7, KLIK!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge