smart #1 2025 Semakin Berkuasa & Elegan

Sebagai model global, smart #1 kini berkemungkinan akan memasuki pasaran Malaysia dalam versi facelift yang bukan sahaja menawarkan peningkatan prestasi, malah turut menerima perubahan kecil dari segi reka bentuk.
Kini memasuki tahun ketiga pengeluarannya, smart bersedia untuk menaik taraf model EV pertama mereka dengan motor elektrik lebih berkuasa serta rekaan roda baharu. Peningkatan ini telah disahkan melalui dokumen yang difailkan kepada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.
Prestasi Lebih Tinggi

Varian motor tunggal seperti Pro dan Premium – yang ditawarkan di Malaysia – kini akan dilengkapi dengan motor belakang baharu berkuasa 250 kW (335 hp), penambahan sebanyak 50 kW (67 hp) berbanding model sebelumnya. Menariknya, motor sama turut digunakan oleh model lain dalam kumpulan Geely seperti Zeekr 009 dan Lynk & Co 02 (Z20).
Varian tertinggi, smart #1 Brabus juga menerima peningkatan ketara. Dengan konfigurasi dwi-motor, ia kini menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 365 kW (489 hp), juga penambahan sebanyak 50 kW (67 hp) berbanding versi sebelumnya.
Baca: Sedan smart #6 Sedang Dibangunkan – Cecah 800 KM 1 Cas, Pecutan Setanding Supercar?
Rekaan Dikemas Kini, Aksen Merah Dikurangkan

Dari segi rekaan, perubahan pada model facelift ini agak minimal, khususnya untuk varian standard smart #1. Berdasarkan spesifikasi yang didedahkan dalam dokumen MIIT, perubahan paling ketara adalah penggunaan rim aloi dwi-tona 18 inci baharu, yang dibalut dengan tayar bersaiz 235/50R18.
Namun, berbeza dengan smart #1 Brabus, perubahan ketara diberikan, yang mana penggunaan aksen merah pada model sebelum ini dikurangkan.


Varian smart #1 Brabus versi semasa
Walaupun bahagian bibir bampar depan, skirt sisi dan diffuser belakang masih mengekalkan kemasan berwarna merah, bumbung dan cermin sisi yang dahulunya menggunakan warna kontra tersebut kini digantikan dengan warna badan dan kemasan hitam.
Selain itu, jalur merah pada bahagian bawah corong udara hadapan juga telah digantikan dengan warna hitam, memberikan imej yang lebih matang dan agresif.
Brabus facelift turut hadir dengan rim aloi 10 jejari bersaiz 19 inci baharu, menggantikan rekaan lima jejari sebelum ini. Rim baharu ini dipadankan dengan tayar bersaiz 235/45R19 untuk daya cengkaman lebih baik dan gaya lebih sporty.
Tiada Perubahan Saiz, Tetapi Lebih Panjang untuk Brabus
Dari segi dimensi, versi 2025 yang didaftarkan dalam dokumen MIIT masih mengekalkan ukuran asal iaitu panjang 4,270 mm, lebar 1,822 mm, tinggi 1,636 mm dan jarak roda 2,750 mm. Namun, varian Brabus dengan kit badan lebih agresif mencatatkan tambahan panjang sebanyak 30 mm.
Ketibaan di Pasaran Malaysia
CarNewsChina melaporkan bahawa perubahan ini dijangka akan turut diperkenalkan di pasaran luar China dalam masa terdekat, termasuk Malaysia. Kemaskini kecil ini dapat memberi kelebihan kepada smart #1 untuk terus kekal relevan dan bersaing dengan model dalam kelas yang sama seperti Volvo EX30 dan Zeekr X.
Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus
Baca: smart Malaysia, CapitaLand Jalin Kerjasama, Anjur Peraduan Shop Smart Win Smart
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN4423
SELANGOR
BST3745
JOHOR
JD4430J
PULAU PINANG
PSF2384
PERAK
APL1676
PAHANG
CFH5927
KEDAH
KGH7933
NEGERI SEMBILAN
NEL6428
KOTA KINABALU
SJT8459
KUCHING
QAB4935P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat