ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

smart#5 Dilancar Di Eropah, Harga Bermula Dari RM220K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas didedahkan di China, smart #5 kini dilancarkan di Eropah, baru-baru ini. Di sana, smart#5 hadir dengan satu dan dua motor.

Di Eropah, ia ditawarkan dalam lima varian termasuk edisi khas Summit Edition yang berinspirasikan pacuan 4x4 lasak.

Smart #5 agak berbeza dengan model smart yang lain, memandangkan smart #5 dibina berasaskan platform PMA2+ milik Geely, yang turut digunakan oleh EV bersaiz besar seperti Zeekr 7X dan Geely Galaxy E8, serta menampilkan seni bina bateri 800 volt.

image.pngimage.png

Walaupun smart #5 masih belum sebesar 7X, ia tetap menjadi model terbesar smart setakat ini, dengan dimensi sepanjang 4,705 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,705 mm, dan jarak roda 2,900 mm.

Dari segi reka bentuk, smart #5 mengikuti falsafah reka bentuk yang sama seperti smart #1 dan #3 tetapi ia  kelihatan lebih berkotak dan lasak berbanding dengan model lain smart.

Jika smart #5 masih terasa terlalu biasa bagi anda, terdapat juga edisi khas Summit Edition, yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan pengembaraan seperti rak bumbung khas dengan tangga sisi, cangkuk tunda elektrik, dan banyak lagi.

image.pngimage.pngimage.png

Sama seperti versi smart#5 di China, smart #5 spesifikasi Eropah turut menampilkan kabin yang agak mewah kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan premium. 

Antaranya susunan tiga skrin yang menyokong penstriman video dan permainan, paparan head-up augmented reality (AR-HUD) bersaiz 25.6 inci, kemasan kayu eksklusif, tempat duduk belakang didatangkan dengan pemanas, bumbung kaca panoramik penuh, sistem pencahayaan ambien 256 warna, serta sistem audio khas 20 pembesar suara Sennheiser.

Mengenai bateri pula, smart #5 Pro disumbat dengan bateri kecil yang berkapasiti 

76-kWh dimana ia boleh bergerak sejauh 480 kilometer manakala  varian Pro+ menerima bateri besar  berkapasiti 100-kWh. Jadi, varian Pro + boleh bergerak sejauh to 589 km.

Malangnya, smart masih belum mendedahkan spesifikasi rangkaian kuasa untuk varian motor tunggal, tetapi syarikat itu sebelum ini  telah mengesahkan bahawa varian dwi-motor AWD, seperti Pulse dan Summit Edition, boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.9 saat.

image.png

Apapun, tempahan untuk smart #5 dijadualkan akan dibuka pada 24 April 2025 di Jerman, dengan harga bermula dari €45,900 (RM220,348) bagi varian Pro, manakala edisi khas Summit Edition ditawarkan pada €56,900 (RM273,154).

Selain itu, Autocar UK turut mengesahkan bahawa smart #5 akan memasuki pasaran UK pada Oktober tahun ini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4996

SELANGOR

BSR6734

JOHOR

JA4495J

PULAU PINANG

PSD8914

PERAK

APJ9285

PAHANG

CFH1907

KEDAH

KGH1527

NEGERI SEMBILAN

NEK9536

KOTA KINABALU

SJT1344

KUCHING

QAB2165P

Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Kereta Baru

SUV Elektrik smart #5 Dipertontonkan – 3 Varian, Lancar Oktober Nanti

smart Malaysia (PRO-NET) akhirnya memperlihatkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk SUV elektrik flagshipnya, smart #5.

28-08-2025
Global

smart #5 EHD Didedahkan – PHEV, Cecah 1,600 KM!

smart Automobile memperkenalkan varian hibrid plug-in (PHEV) sulungnya iaitu smart #5 EHD atau “Electric Hybrid Drive”.

18-07-2025
EV

smart #5 Versi RHD Dilancarkan Di Hong Kong – Malaysia Seterusnya?

Selepas membuat kemunculan sulungnya kepada umum di Malaysia Autoshow 2025, model smart #5 kini secara rasmi memasuki pasaran RHD pertamanya, iaitu di Hong Kong.

15-05-2025
EV

MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.

08-05-2025

Berita Terkini

EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.