XPeng G6 2025 Diperkenal – Lebih 80 Peningkatan, Rekaan Lebih Futuristik!

XPeng G6 2025
XPeng secara rasmi melancarkan model G6 2025 versi facelift. Yang menariknya, walaupun diklasifikasikan sebagai model facelift, pelbagai ciri baharu yang diperkenalkan pada versi kali ini. Menurut CarNewsChina, model baharu ini hadir dengan 81 peningkatan serta 34% daripada komponen utamanya digantikan kepada yang lebih baik, termasuk penggunaan sistem pemanduan pintar canggih, AI Turing.
Rekaan Lebih Garang & Moden

Dari segi rekaan, sudut depan G6 2025 mengalami perubahan ketara. Jalur lampu LED “galaxy light wing” yang merentangi keseluruhan hadapan menggantikan reka bentuk sebelumnya, memberikan rupa yang lebih moden dan aerodinamik. Jika diperhatikan, kedudukan lampu kali ini mirip Tesla Model Y “Juniper” yang baru sahaja dilancarkan bulan lepas.

Logo XPeng kini dialihkan ke atas bonet, disertai lampu biru khas yang melambangkan teknologi AI untuk pemanduan pintar. Gril bawah kini berbentuk trapezoid dengan kemasan hitam, menyerlahkan imej lebih sporty.

Sudut tepi pula kini kelihatan lebih kemas dengan rim aloi bergaya kelopak yang berwarna hitam. Lengkungan roda atau wheel arch juga kini kelihatan lebih minimal tanpa elemen cladding.

Sementara itu di bahagian belakang, bampar kini kelihatan berbeza, dan diberikan spoiler ducktail baharu untuk sentuhan lebih agresif.
Dengan perubahan bampar ini, dimensi G6 kini lebih panjang 3 mm, menjadikannya 4,758 mm, sementara lebarnya kekal pada 1,920mm, tinggi 1,650mm dan jarak roda 2,890 mm.
Kabin Kini Lebih Mewah & Canggih

Di ruang dalaman, XPeng G6 kini hadir dengan pelbagai ciri baharu untuk meningkatkan aura premiumnya. Skema warna baharu, penggunaan bahan lebih berkualiti, serta susun atur yang terkini menjadikan kabin tampil lebih moden.
Skrin infotainmen kini lebih besar dengan saiz 15.6 inci, diiringi kluster instrumen digital 10.25 inci dan cermin pandang belakang digital bersaiz 9 inci.
Tempat duduk hadapan kini dilengkapi fungsi pengudaraan, pemanasan dan urutan canggih yang dibangunkan dengan kerjasama sebuah hospital ortopedik terkemuka. XPeng mendakwa fungsi urutan shiatsu ini adalah yang paling berkuasa dalam kelasnya yang mampu menawarkan keselesaan maksimum kepada penumpang.

XPeng G6 2025 turut menawarkan nisbah ruang terbaik dalam kelasnya iaitu 85.6% dengan 12 tahap larasan bagi tempat duduk belakang untuk keselesaan optimum.
Sentuhan mewah diteruskan dengan kemasan suede ultra-halus di bumbung, dan pad pengecas tanpa wayar kini menggunakan bahan sentuhan lembut. Pada panel pintu pula, kini lebih daripada 50% adalah kulit.
Jurang antara panel instrumen dan pintu turut diperkemaskan kepada hanya 5±2 mm, untuk gaya yang lebih kemas dan premium.
Panel papan pemuka kini menampilkan kemasan corak kayu bersama sistem pencahayaan ambien "galaxy rhythm", menambah aura elegan di dalam kabin.
Namun, belum dapat dipastikan jika tingkap belakang akan mendapat perlindungan kaca dua lapis (double glaze) seperti bahagian depan, satu ciri yang tidak terdapat pada model sebelum ini.
Prestasi & Cas Pantas 5C
-full_normal.jpg)
XPeng G6 2025 masih menggunakan satu motor dengan platform 800V. Motor elektrik yang dihasilkan di kilang Wuhan XPeng kini dengan peningkatan kuasa kecil kepada 292 hp (218 kW).
Bateri AI 5C ultra-pantas bukan sahaja meningkatkan jarak pemanduan, tetapi juga menjadikan tempoh pengecasan jauh lebih singkat daripada biasa. Walaupun angka rasmi mengenai jarak pemanduan masih belum didedahkan, XPeng menjanjikan kecekapan tenaga yang lebih baik.
Sementara itu, sistem pemanduan pintar dan autonomi canggih AI Turing yang disematkan pada XPeng kali ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan intuitif.
Pelancaran di China & Kemungkinan Masuk ke Malaysia

Penghantaran XPeng G6 2025 di China dijadualkan bermula awal Mac ini dengan unit pamerannya sudah pun tiba di pusat-pusat pengedaran negara tersebut.
Di Malaysia, XPeng G6 versi sebelum ini baru sahaja dilancarkan pada Ogos 2024 lalu. Bagi versi facelift ini pula, sebaik versi pemanduan sebelah kanannya tersedia, berkemungkinan besar ia akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.
Sumber: CarNewsChina, Top168
Baca: SUV Elektrik Xpeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!
Baca: SUV Elektrik Premium, Xpeng G7, Didedahkan Di China – Dari RM123K
Baca: XPeng X9 Sudah Masuk Thailand, Malaysia Seterusnya Bakal Terima X9?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
XPeng G6 RWD Dilancarkan, Jarak Gerak 480KM, Harga-RM158,888
XPeng G6 RWD dilancarkan secara rasminya.
14-01-2026
Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14
Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).
12-01-2026
Xpeng G6 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian Termasuk Black Edition, Dari RM178,888
Pengedar rasmi jenama Xpeng di Malaysia, Bermaz Xpeng Sdn Bhd hari ini secara rasmi telah melancarkan SUV Xpeng G6 2025 di pasaran tempatan.
01-10-2025
Charge+ & XPeng Bekerjasama Bangunkan Pengecas Pantas Rentas Sempadan
Charge+, penyedia stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara, telah menjalin kerjasama strategik dengan pengeluar EV dari China, XPeng, untuk membina rangkaian pengecasan pengecas pantas rentas sempadan.
25-09-2025
Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan
Dalam tempoh kurang tujuh tahun, jenama automotif premium China, Xpeng, baru-baru ini telah melepasi angka penghantaran sebanyak 800,000 unit kenderaan.
15-07-2025
XPeng G6 Kini Dengan Diskaun RM5,000 Atau Pengecas Wallbox Percuma
Bermaz XPeng (BAuto) kini menawarkan promosi eksklusif untuk pembelian XPeng G6 dalam tempoh terhad dan selagi stok masih ada.
12-03-2025
Pusat 3S XPeng Kini Dibuka Di Pulau Pinang
XPeng Malaysia terus memperkukuh kehadirannya dengan pelancaran Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) XPeng di Pulau Pinang.
07-10-2024
SUV Elektrik Xpeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!
Xpeng G6 berjaya meraih penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
13-09-2024
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat