Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Jenama baharu iCAUR tidak melepaskan peluang daripada melakukan penampilan sulungnya pada pameran Auto Shanghai 2025 sekali gus memberi bayangan bahawa ia akan muncul dalam pasaran global tidak lama lagi.
iCAUR yang menyasarkan pengguna muda berjiwa muda menampilkan rekaan berani, teknologi pintar, dan menawarkan prestasi pemanduan yang menyeronokkan. Ia sebenarnya sesuai untuk mereka yang mahu cuba sesuatu yang baru tetapi pada masa sama, mengidamakan kenderaan yang mantap.
Untuk makluman, iCAUR adalah hasil kerjasama antara Chery, yang terkenal dengan kepakaran automotive manakala Smartmi Tech pula pakar dalam teknologi berasaskan sambungan pintar dan gaya hidup digital.
Jadi, gabungan kepakaran kejuruteraan dan pemikiran digital ini membentuk hala tuju jelas buat jenama iCAUR.
Untuk itu, antara model pertama iCAUR adalah V23 dimana ia juga akan didedahkan pada pameran Malaysia Auto Show 2025 (MAS 2025), Mei nanti.
Melihat rekaannya, ia tampil dengan gaya berotot manakala grilnya jenis tertutup serta diapit dengan lampu bulat yang cukup comel. Walaupun lampunya Nampak kecil namun rekaan itu yang menonjolkan lagi rekaan uniknya.
Selain itu, bamparnya juga dilihat agak tebal, bonet depan pula tinggi, manakala fendernya pula lebar, selain ada juga pemijak sisi.

Menjengah bahagian kabinnya, V23 dilengkapi dengan paparan infotainmen bersaiz 15.4 inci dan hadir dengan susun atur tempat duduk 2+2.
Selain itu, ia menawarkan ruang kargo seluas 744 liter jika tempat duduk barisan kedua direbahkan.

Di China, V23 juga ditawarkan dengan aksesori pilihan seperti lekapan rak bumbung ada instrumen eko yang dipasang pada lajur stereng, dan skrin belakang yang dipasang di atas bumbung.
Melihat sahaja luarannya, anda sudah dapat agak bahawa V23 bukanlah sebuah kenderaan yang biasa.
Dengan jarak kelegaan tanah 210 mm serta keupayaannya yang dapat meredah air sedalam 600 mm, membuatkan ia sesuai untuk digunakan untuk semua permukaan jalan.


Dari segi dimensi, iCar V23 mempunyai panjang 4,220mm, lebar 1,915mm, dan tinggi 1,845mm, dengan jarak roda sepanjang 2,735mm.
Ada juga desas-desus yang mengatakan ia akan dalam dua varian – satu motor dengan pacuan roda belakang (RWD) serta dua motor dengan pacuan semua roda (AWD).
Varian RWD dijana oleh motor elektrik 100kW (134 hp) dengan pek bateri litium ternari, manakala varian AWD pula menggunakan motor belakang yang sama tetapi dengan tambahan motor hadapan 55kW (74 hp) dan pek bateri litium besi fosfat.
Kelajuan maksimum bagi kedua-dua varian adalah 140 km/j.
Setakat ini, butiran lanjut masihh belum diumumkan secara rasmi, namun varian RWD dikatakan mampu mencapai jarak lebih 400km, manakala AWD boleh mencapai lebih 500km.
Selain itu, difahamkan, ia dibina berasaskan platform kenderaan baharu, V23 menggabungkan praktikaliti harian dan semangat pengembaraan.
Antara maklumat yang diketahui setakat ini adalah brisan produk global iCAUR ini terdiri daripada model kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan elektrik jarak jauh (REEV), dengan pilihan rekaan bergaya, lasak dan penuh teknologi pintar.
Sehubungan itu, iCAUR menyasarkan kehadiran di lebih 100 negara dan menubuhkan lebih 2,000 pusat jualan dan servis di seluruh dunia.
Apapun, teruskan bersama Carz.com untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai iCAUR pada pameran MAS 2025 nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rasmi! Pusat 3S iCAUR Pertama Kini Dibuka di Kota Kinabalu
iCAUR Buka Fasiliti 3S Pertama Seluas 1,170 Meter Persegi di Sabah.
03-08-2026
iCAUR 03 CKD Kini Dipasang Di Shah Alam, Harga Marhaen
Bukan Lagi CBU! SUV EV 'Retro-Kotak' iCAUR 03 Kini Mula Dipasang Di Shah Alam, Harga RM129k!
20-05-2026
iCAUR V23 Didedah, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM145,000
iCAUR Malaysia buat julung kalinya menayangkan iCAUR V23 dalam satu majlis pratonton yang diadakan di ibu negara, sebentar tadi.
29-10-2025
MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23
Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita.
09-05-2025
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Ramai Minat iCaur, Ada 1,800 Unit Di Malaysia
iCAUR Malaysia terus memecah rekod dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan apabila secara rasmi mencatatkan 1,800 unit kenderaan di jalan raya
16-03-2026
Kit iCAUR V23 Edisi Retro Bermula Dari RM18,888
iCAUR Malaysia melancarkan kit iCAUR V23 Edisi Retro yang ditawarkan pada harga bermula dari RM22,000, sebentar tadi.
21-01-2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge